Loading...
DONALD Trump dilaporkan berbohong mengenai diskaun AS$1 juta yang diperolehinya untuk cincin pertunangan Graff Diamonds 10 karat yang dibeli untuk Melania pada tahun 2005.
Pengerusi Graff Diamonds, Laurence Graff, mendakwa pengakuan Trump yang dibuat kepada kepada New York Times itu adalah satu pembohongan.
Graff dalam e-mel yang dihantar dari rumahnya di Gstaad, Switzerland, pada 26 Januari menegaskan bahawa walaupun 'senang melakukan urusan perniagaan dengan Trump' dia tidak diberikan 'pertolongan' ketika membeli potongan berlian itu.
Syarikat yang berpangkalan di London itu dikatakan telah menerima peningkatan publisiti hasil daripada diskaun yang diterima Trump, Times melaporkan.
-fotoGetty
Trump dalam wawancara pada 2005 dengan bangganya berkata: "Hanya orang bodoh saja akan kata 'tidak, terima kasih, saya ingin membayar lebih satu juta dolar lagi untuk berlian ini".
"Kami tidak menjual barang untuk nilai publisiti," jelas Ketua Pegawai Kewangan Graff Nicholas Paine kepada Forbes.
Walaupun Graff dan Paine enggan mendedahkan harganya
kepada Forbes, Times melaporkan bahawa cincin tersebut dijual pada harga AS$1.5 juta.
"Dia membayar harga penuh dan dia membayarnya dengan serta-merta," kata sumber ketiga yang mempunyai pengetahuan langsung tentang transaksi itu, kepada Forbes.
Mereka terus menegaskan bahawa Trump sebenarnya berbohong mengenai urusan itu.
Trump membuat pembelian berlian Graff kedua untuk Melania dalam perayaan ulangtahun ke-10 mereka pada tahun 2015.
-foto The White House
Melania terkenal dengan cincin besar 25 karat untuk gambar rasmi White House.
Ia dilaporkan bernilai AS$3 juta. -mailOnline
0 Ulasan
jerit kat sini