Terkini!! ‘Kajol’ Kelantan Sudah Insaf.Lihat Wajah Terkini

Terkini!! ‘Kajol’ Kelantan Sudah Insaf.Lihat Wajah Terkini

Loading...
Terkini!! ‘Kajol’ Kelantan Sudah Insaf.Lihat Wajah Terkini


Kalau sebut nama penyanyi Dikir Barat Moden di Kelantan, Kajol, mesti ramai orang Kelantan kenal. Dengan menggunan medium Muzik Dikir Barat Moden, Kajol memang terkenal di sana.

Aku sendiri, bila balik kampung, sempat juga la melihat 2 – 3 video klip dikir barat si Kajol ini. Memang gaya lengguk, nyanyi dan lentuk macam perempuan. Suara dibuat-buat halus memang macam perempuan.

Dulu kan dia ada kes Mahkamah pasal perilakunya menyerupai perempuan dan semalam kes itu mendapat keputusan rayuan terhadap hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Syariah Tanah Merah pada 21 Jun tahun lalu.

                        4Zy6s-1.jpg

Kajol atau nama betul, Mohd Hafiz Jeffri, 26 tahun, insaf akan perbuatan lalu dan sedang cuba berubah kearah kebaikkan. Bagus la gitu Kajol, tak ramai yang berani mengaku salah dan berubah. InsyaAllah, ramai nanti yang akan sokong selepas ini.

                                pix_middle.jpg

Kajol mengaku insaf, akan berkelakuan baik

Seorang penyanyi mak nyah yang dikatakan popular di Kelantan dengan nama Kajol, mengaku insaf di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu dan berjanji untuk berkelakuan baik.Kajol atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Jeffri, 25, juga tampil dengan memakai kopiah ketika hadir ke mahkamah semalam, lapor Berita Harian.

Dalam pengakuannya di hadapan Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah, penyanyi berkenaan berkata beliau mahu menjadikan tindakan yang dikenakan ke atasnya itu sebagai pengajaran.

Mahkamah Rendah Syariah pada 21 Jun lalu menjatuhkan hukuman penjara sebulan atas kesalahan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai ketika membuat persembahan di satu tapak ekspo di Tanah Merah, Kelantan.

                         kajol3.jpg

Hakim Syarie semalam bagaimanapun memutuskan untuk mengenepikan hukuman penjara sebulan atas kesalahan itu, namun mengekalkan hukuman denda RM1,000 atau penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mahkamah Tinggi Syariah juga menetapkan syarat supaya Kajol berkelakuan baik dan tidak mengulangi kesalahan berkenaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut.

                           ma_03.1.jpg

KOTA BHARU, 21 JUN 2012 – Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu mengekalkan hukuman denda RM1,000 ke atas Mohd Hafiz Jeffri (dua dari kanan) atau dikenali sebagai Kajol namun memberi peluang untuknya berkelakuan baik selama setahun bagi mengelakkan dia dipenjara selama sebulan.Pemberita : Adham Shahdan (AMKOSMO) / (AM) / SLUG : CT Kajol

                     2012-8_39-PG-768x576.jpg

Kajol yang membayar denda berkenaan dilaporkan berkata, beliau akan cuba berubah dan berjanji untuk mengurangkan aktiviti persembahannya.





Catat Ulasan

0 Ulasan