‘Surprise’ Boney Untuk Sridevi Bertukar Jadi Mimpi Ngeri

‘Surprise’ Boney Untuk Sridevi Bertukar Jadi Mimpi Ngeri

Loading...
‘Surprise’ Boney Untuk Sridevi Bertukar Jadi Mimpi Ngeri

HASRAT Boney Kapoor untuk memberi kejutan buat isterinya, bertukar mimpi ngeri apabila bintang filem India, Sridevi ditemui terbaring dalam tandas bilik hotel di Dubai, petang Sabtu.

Aktres berusia 54 tahun itu dikatakan mengalami serangan jantung ketika sedang bersiap untuk keluar makan malam bersama suaminya.

Boney yang juga produser filem telah terbang dari Mumbai untuk bersama isterinya yang masih berada di Emeriah Arab Bersatu (UAE). Seminggu lalu, pasangan selebriti itu dan anak mereka, Khushi menghadiri majlis perkahwinan anak saudara mereka, Mohit Marwah.

Bagaimanapun, Boney telah pulang ke Mumbai sebaik majlis selesai dan mengambil keputusan untuk membuat kejutan kepada isterinya pada Sabtu.

Boney tiba di Jumeirah Emirates Tower Hotel pada kira-kira pukul 5.30 petang.

Sebaik memasuki bilik hotel itu, dia mengejutkan isterinya dan mereka bersembang kira-kira 15 minit sebelum mengajak Sridevi keluar bersamanya untuk makan malam.

Wanita tinggi lampai itu kemudiannya masuk ke tandas untuk membersihkan diri, tetapi selepas 15 minit menanti dan isterinya masih belum keluar, Boney mengetuk pintu tandas namun tiada maklumbalas.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, Boney telah menolak pintu tandas itu dan sebaik ia terbuka, Sridevi dilihat terbaring di lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Dia cuba menyedarkannya tetapi gagal dan terus memanggil kawannya sebelum memaklumkan kepada polis pada pukul 9 malam,” menurut sumber yang dekat dengan pasangan itu.

Pasukan polis dan perubatan bergegas ke bilik hotel itu sebelum Sridevi disahkan telah meninggal dunia.

Mayatnya dibawa ke hospital untuk dibedah siasat dan dijangka diterbangkan ke Mumbai pada Isnin.

Catat Ulasan

0 Ulasan