Loading...
"Saya selalu kena pukul, lama-lama saya boleh mati"
Cantik rupa ibu tiri dan ayah kandung dia. Rupa elok, manis, tutup sempurna, macam keluarga idaman. Soleh dan solehah. Tapi hakikatnya, hanya Tuhan yang tahu.
Malam tadi agak free, jadi saya scroll tentang berita Nur Aina. Ramai yang mengecam pihak sekolah, para jiran, ibu kandung mangsa dsb. Pada mereka, pihak yang bertanggungjawab tak memberikan peranan yang sewajarnya. Mungkin ada info yang mereka tak tahu. Jadi saya tulis di sini :
Guru Besar pernah panggil ayahnya ke sekolah berkenaan kesan lebam dan kecederaan Nur Aina yang agak jelas, tapi dimarahnya pula Guru Besar terbabit.
Saya text sendiri jiran sebelahnya, pada pendapat saya, cuma beberapa orang jiran sahaja yang pernah nampak lebam Nur Aina. Jiran tersebut ada inisiatif untuk bertanya, tapi arwah kata dia terjatuh. Bapanya juga mengaku memang garang, tapi tak pernah sentuh anak-anaknya. Jiran juga mengaku selalu dengar suara ayahnya mengamuk dan memaki, tetapi tak ada suara menangis / merintih / minta tolong / menjerit dsb. Itu lah asbab kenapa tak ada seorang pun jiran yang ke depan.
Sebelum meninggal, Nur Aina sempat pergi mengaji bersama abang kandungnya di rumah depan (jiran), guru mengaji kata arwah agak pasif waktu itu. Guru mengaji juga bertanya tentang lebam arwah, katanya terjatuh juga.
8 bulan lepas, ibu kandung ada buat laporan polis tentang kecederaan Nur Aina, kes berpanjangan hingga ke mahkamah tapi kemudiannya dilepaskan atas dasar 'ayah mendidik anak'. (Timbalan pendakwaraya mesti menyesal).
Sebelum kena gari, ibu tiri Nur Aina sempat mengirim whatsapp dalam group kelas / sekolah anak tirinya untuk inform yang Nur Aina meninggal sewaktu tidur. Ibu tiri juga pernah beritahu guru di sekolah yang arwah agak manja dengannya.
Wallahualam.. Ramai yang ambil berat dengan arwah, tapi mungkin kesungguhan itu kurang. Manusia mudah mengkritik, sedangkan tak kena pada diri sendiri. Daripada mengkritik dan mempersoalkan, lebih baik doa yang baik-baik. Al-fatihah untuk arwah adik Nur Aina Nabihah. Syurga lah tempat kamu.
Yang rajin menulis,
NSA
NSA
1 Ulasan
Apa komen ibu tiri yang buat orang sentap tu? phewww.
BalasPadamjerit kat sini