Loading...
Nasi :Lemak Terlembik,Termentah.Buat cara Ni!!
sumber : Puteri Azie VIA MAHN
Nasi lemak memang banyak dijual di mana-mana. Boleh kata semuanya sedap-sedap belaka. Maklumlah peniaga sudah semestinya pakar dalam menyediakan menu yang diniagakan.
Lain pula halnya dengan kita yang sekali sekala menyediakan menu ini. Kadang-kadang masak menjadi, namun ada juga sekali sekala nasi lemak yang dimasak termentah atau terlembik. Sekiranya ini berlaku apa yang perlu kita buat agar nasi lemak tersebut dapat diselamatkan untuk menjadi santapan keluarga.
Nak tahu caranya, ikuti perkongsian Puteri Azie ini dan semoga ianya bermanfaat.
“Saya bukan pandai, tapi mungkin dah membesar dengan mak yang berniaga nasi lemak. Nak cuba boleh… Andai tak menjadi, jangan kecam saya. Insya Allah.. saya dah buat tu saya berani kongsi”
–Puteri Azie
Seandainya nasi lemak yang dimasak LEMBIK.
Caranya:
- Masukkan telur 5 hingga 8 biji ke dalam periuk. Pastikan telur sudah di basuh bersih.Kalau periuk kecil, 3 biji sudah mencukupi.
- Kemudian bungkus tudung periuk dengan kain.
- Tutup semula periuk dalam 15 minit.
JIKA tidak menjadi alamatnya tambah lagi air dan menu akan bertukar daripada nasi lemak menjadi BUBUR LAMBUK.
Jika nasi lemak yang dimasak MENTAH
Caranya
- Letak air panas di dalam cawan yang di campur garam.
- Letakkan di tengah-tengah periuk nasi.
- Kemudian tutup periuk nasi dan masak lagi dalam 10 minit.
Selain itu, Mak saya kata,”Nasi lemak yang menjadi dan sedap, nasinya berderai-derai dan bukan melekat-lekat dan berketul-ketul.”
Ni Petua mak saya bagi. Waktu air dah kering masukkan 1/2 senduk minyak masak. Bagi periuk kecil, 2 sudu sudah cukup. Boleh juga gunakan minyak yang kita goreng bawang besar dan bawang putih. Kalau rasa malas tuang ja miyak masak!
Confirm!! Nasi lemak korang sedap! Gebu-gebas ja rasa. Yang penting santan kena cukup.
sumber : Puteri Azie VIA MAHN
0 Ulasan
jerit kat sini