Manjanya Fattah Amin

Manjanya Fattah Amin

Loading...

Manjanya Fattah Amin
manja-3.jpg

Kata orang bercinta lepas kahwin lebih indah rasanya, begitulah dengan, Fattah Amin dan Fazura. Masih mood berbulan madu, Fazura memberitahu suaminya manja orangnya dan tidak pernah memberikannya tekanan.

“Kami bercinta selepas berkahwin. Apabila sudah menjadi isterinya, ada juga perangainya saya baru tahu. Dia seorang yang manja. Kadang-kadang, apabila tiba masa nak tidur, dia akan suruh potongkan kuku.

Jadi, kenalah bangun” “Kalau saya cakap nanti, orang kata saya mengada-ngada pula, tetapi Fattah sememangnya seorang suami yang baik dan sangat memahami. Dia tidak pernah memberikan sebarang tekanan kepada saya, apatah lagi mengongkong” Menurut Fazura, Fattah sama sekali menangkis tanggapan negatifnya terhadap perkahwinan kerana bimbang mendapat suami yang suka mengongkong.

Tiga bulan melayari bahtera cinta, Fazura akui Fattah merupakan lelaki terbaik. “Sebelum ini, memang saya takut untuk berumah tangga kerana bimbang akan dapat suami yang suka mengawal gerak-geri dan mengganggu kerjaya saya. Ternyata Fattah tidak bersikap sedemikian.

 Kalaulah saya tahu sikapnya itu lebih awal, sudah lama saya berkahwin dengannya,” katanya. Seronok tengok pasangan ini bahagia, biarpun ramai yang tidak selesa dengan kemesraan yang dipamerkan. Tayang suami dikatakan ‘show off’, tidak tayang dikatakan pula hubungan retak, ada sahaja yang tidak kena di mata peminat.

                                        25037343_1919966588320289_48097169961218
                                              26186129_325730384588198_888459889358562
                                              27575025_2018919515051698_77507860764358
                                                     27580947_1826751234291372_86934665610815
                                                     27877874_1671051932941079_59358703575745

SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE
Sumber : orangkampungkita.com
The post ‘Bila Nak Tidur,Fattah Minta Potongkan Kuku’ – Fazura Akui Fattah Suami Yang Manja. appeared first on Muka Media.

Catat Ulasan

0 Ulasan