Kampung Di Mesir Ini Hanya Dihuni Wanita, Lelaki Tidak Dibenarkan Masuk

Kampung Di Mesir Ini Hanya Dihuni Wanita, Lelaki Tidak Dibenarkan Masuk

Loading...
Kampung Di Mesir Ini Hanya Dihuni Wanita, Lelaki Tidak Dibenarkan Masuk:


Sebuah desa di Mesir dibuat khusus untuk didiami para wanita. Desa tersebut bernama Al Samaha yang terletak di Bandar Edfu, kira-kira 120 kilometer dari bandar Aswan Selatan. Di desa ini terdapat sekitar 303 wanita.

Desa Al Samaha dibina oleh kerajaan untuk menaungi para janda, baik yang ditinggalkan kerana meninggal dunia atau perceraian.

Mereka yang hendak berkahwin lagi barulah boleh kelaur dari desa tersebut.

Sementara itu, kerajaan juga membuat larangan untuk lelaki tidak memasuki kawasan itu.

Di dalam kampung terdapat beberapa plot tanah ladang dan ia boleh digunakan untuk pertanian.
Para wanita boleh menguruskan ladang tersebut dan digunakan untuk mencukupi keperluan peribadi mereka
“Projek desa ini bermula pada tahun 1998 apabila Kementerian Pertanian memutuskan untuk memperuntukkan dua desa baru kepada perempuan dan janda yang bercerai” kata Hamdi Al-Kashef, penyelia umum desa tersebut kepada Al Arabiya.
Beliau mengulangi bahawa wanita hanya hidup dengan anak-anak mereka tanpa lelaki dewasa.
Setiap keluarga diberi sebuah rumah dan sebidang tanah seluas enam hektar.

Ditambah lagi bantuan daripada pengasas projek dan organisasi antarabangsa.
Mereka juga dibekalkan dengan peralatan dan keperluan pokok pertanian.

Di samping itu, mereka juga mendapat pinjaman jangka pendek.

Namun rumah yang dihuni tersebut tidaklah secara percuma.

Mereka perlu membayar ansuran untuk membayar rumah yang harganya telah disubsidi oleh kerajaan.
Apabila wanita tersebut memilih untuk berkahwin, maka tanah dan rumah yang dihuninya akan ditarik.

Projek ini bertujuan untuk memelihara masa depan bagi mereka yang kehilangan ahli keluarga, dan untuk membantu para wanita yang menjadi tulang belakang bagi keluarganya.

Catat Ulasan

0 Ulasan