Ini Rumah Mayat Paling Pelik

Ini Rumah Mayat Paling Pelik

Loading...
Ini Rumah Mayat Paling Pelik

Inilah rupa rumah mayat Hospital Umum Daerah Pandan Arang yang terletak di Boyolali, Jawa Tengah.

JAKARTA - Rumah mayat sering dikaitkan dengan suasana seram, apa tah lagi jika lokasinya terletak di bahagian belakang hospital.

Namun, sebuah hospital di Jawa Tengah mengambil pendekatan berbeza bagi mencetuskan suasana lebih mesra kepada pesakit serta penduduk setempat.

Hospital Umum Daerah Pandan Arang di Boyolali bertindak memindahkan rumah mayatnya ke bahagian depan hospital terbabit.

Lebih menarik, struktur rumah mayat itu dibina menggunakan tiga buah kontena terpakai serta dicat warna hijau dan merah jambu.

Ia tidak ubah seperti sebuah rumah tumpangan dan kebanyakan warga Boyolali tidak menyedari bahawa bangunan tersebut sebenarnya tempat menyimpan mayat.

"Mungkin bilik mayat ini yang paling unik di seluruh Jawa Tengah.

"Dengan warna yang ceria, ia sekali gus menghilangkan rasa takut dan seram," kata pengarah hospital, Siti Nur Rohmah pada Khamis.

Tambahnya, konsep rumah mayat itu diilhamkan oleh Ketua Daerah (Bupati) Boyolali, Seno Samodro.

Kata Siti Nur lagi, rumah mayat itu telah memenuhi standard dan memiliki sijil kelayakan menduduki daripada pemerintah. - Detik.

Catat Ulasan

0 Ulasan