Ini Doa Norman Buat Baby Dalam Perut Memey Sepanjang Kehamilan

Ini Doa Norman Buat Baby Dalam Perut Memey Sepanjang Kehamilan

Loading...
Ini Doa Norman Buat Baby Dalam Perut Memey Sepanjang Kehamilan


Suami yang baik dan penuh cinta, bila dia dapat tahu isterinya mengandung, perkara pertama yang dia buat mesti tak bagi isteri buat kerja rumah berat-berat. Haa.. samalah halnya dengan Norman Hakim yang melayan isteri, Memey Suhaiza penuh manja.

Ini diakui sendiri oleh Memey, 29 bila mana suaminya itu memenuhi setiap keperluan pentingnya semenjak dia mengandungkan anak ketiga mereka.

Tq suami. Rutin wajib setiap hari. Cuma sekarang untung sikit sebab tak yah buat sendiri. Semenjak mengandung segala keperluan yang penting suami buatkan.

Bukan mengada-ngada suruh. Memang tak suruh pun. Sebab kalau ikutkan, saya ligat dan aktif je setiap hari. Tak ada alahan tak ada apa.

Setiap hari meneruskan aktiviti kerja macam biasa. Penangan amalkan ephyra juga. Alhamdulillah rezeki. Suami nak buat. Tanggungjawab dan nak rebut pahala katanya. Tq love semoga sentiasa dalam lindungan Allah.”



Doa Norman Hakim Buat Memey Dan Baby Dalam Perut

Betullah apa yang Norman buat itu. Bila suami memudahkan urusan isteri dan keluarganya, Allah akan berikan pahala dan memudahkan juga rezeki dan urusan suami itu.

Norman Hakim ini rupanya bukan saja rajin membantu Memey. Dia juga menjaga isterinya dengan baik. Malah bila Memey perlu check up kandungan dengan Dr Zarina Bebe, Norman akan ikut sama.
Macam baru ini, Norman siap kongsi video check up isterinya itu. Memanglah emosi mak ayah yang nak ada baby ini mudah tersentuh.

Dalam video yang dikongsikan semasa 3rd check up untuk trimester pertama Memey Norman sempat mendoakan isteri dan zuriatnya itu.

Ya Allah..peliharalah zuriat ini.Peliharalah Ibu yang sedang mengandungkan zuriat ini.Sihat sejahterakanlah kedua2 mereka ini Ya Allah.

Semoga zuriat didalam kandungan ini akan menjadi hambaMu yang sempurna pada segala sifat dalaman & luarannya, taat kepada segala perintah & laranganMu serta taat kepada kedua ibubapanya Ya Allah.. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.”




RASA Itu Tak Pernah Bohong

Masa Norman belum tahu yang Memey mengandung pun dia dah boleh ‘rasa’ perasaan yang sesetengah bakal bapa boleh rasai.

Ujar Norman tak lama dulu, “Tak tau nak cakap macam mana. Tapi macam boleh rasa ‘pembawakan’ tu since 2 minggu (ketika status ini ditulis) yang lepas.

‘Rasa’ tu tak pernah bohong. Kali ni ‘rasa’ similiar macam masa Marissa Dania dalam kandungan dulu. Lebih kepada diri sendiri yang ‘kena’ berbanding dari ibu yang mengandung.”

Agak-agak kandungan Memey kali ini Puteri tak? Jomlah kita doakan yang baik-baik untuk kehamilan Memey ya.



Memey Doakan Kehamilan Buat Follower Instagram Yang Menanti Rezeki Anak

Kata Memey, “Semenjak saya mengandung ramai yang kalau terjumpa minta doakan diberi peluang yang sama. Dan sekarang menjadi doa wajib saya setiap kali saya doakan untuk anak dalam kandungan saya.

Saya doakan juga buat para sahabat ig saya sama ada kenal atau tidak. Supaya Allah perkenankan setiap doa para isteri yang ingin merasai pengalaman ini.
Subhanallah biar kita sama-sama rasa. Jangan pernah berputus asa. Bersangka baik selali. Semoga dipermudahkan segala urusan dan perancangan kepada semua yang berusaha ke arah ini.

Sama-sama kita doakan tau.” Luahnya dalam instagram miliknya.





Bila Awishz Kata Nak Baby Boy, Mummy..

Memey juga tak lupa bawa anak-anaknya, Muhammad Darwisz Hakim, 4 dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2 ketika check up kehamilan.

Asyik mummy selalu cerita pasal baby je. Ni bagi tengok sendiri perkembangan adik. Jangan tanya boy ke girl sebab tak nampak lagi. Muka tu antara faham dan tidak jer.”
Rupanya ada peristiwa menyentuh hati jadi waktu check up kedua waktu trimester pertama dulu. “Anak-anak bertuah mummy. Bila mummy tanya Awishz nak adik boy ke girl? Dia jawab : boy.. hehe

Tapi part paling tersentuh bila Dr Zarina minta @awishzarisz kurangkan menyusu mummy sebab adik dalam perut pun nak juga. Awishz ‘hi five’ dengan Dr, tanda janji. Adik antara daham dan tidak.

Semalaman dia cuba untuk ingat janji dia. Tapi bila rindu minta juga sikit. Aduhai, berat hati mummu. Tapi mummy sayang @awishzarisz dan mummy sayang adik baby juga. Doakan mummy sihat selalu.” Amin..

Sumber/Foto : Instagram Memey Suhaiza


Catat Ulasan

0 Ulasan