Gadis Ini KONGSI Pengalaman Hampir Maut & Sebelah OVARI Dibuang, Setelah Disahkan Hidap Kanser Tahap 3

Gadis Ini KONGSI Pengalaman Hampir Maut & Sebelah OVARI Dibuang, Setelah Disahkan Hidap Kanser Tahap 3

Loading...
Gadis Ini KONGSI Pengalaman Hampir Maut & Sebelah OVARI Dibuang, Setelah Disahkan Hidap Kanser Tahap 3:



Selain kanser payudara, kanser ovari juga antara penyakit paling ditakuti kaum wanita. Penyakit ini juga tiada tanda yang boleh menyebabkan seseorang itu dapat mengesannya  lebih awal. Begitu juga yang berlaku pada seorang pengguna twitter apabila baru-baru ini telah berkongsi pengalaman bertarung dengan kanser yang dihadapinya.


Pengguna bernama @Tiraa ini mula menyedari perutnya menjadi semakin kembung dan  keras setiap kali selepas makan. Dia yang pada mulanya menyangka dirinya semakin gemuk hanya membiarkan sahaja masalah itu. Namun keadaan sama hinggalah perut jadi semakin kembung dan keras dan ibunya hanya pesan meminum Eno bagi membuang angin dalam tubuhnya.



Namun sakitnya itu menjadi serius dan dia terus menjalani pemeriksaan di klinik. Setelah membuat pemeriksaan, doktor mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perutnya dan mencadangkan membuat rawatan lanjut di hospital. Setelah dibuat pemeriksaan doktor kemudiannya mengesahkan nampak seperti ada ketumbuhan atau tumor dan ianya sudah agak besar.



Jadi doktor mencadangkan dilakukan pembedahan segera kerana tumor berkenaan sudah tutup sebahagian perut. Namun ada risiko pada pembedahan berkenaan seperti berlakunya usus terpotong, pendarahan dan risiko maut.



Ketika diberitahu, Tiraa tidak tahu untuk berbuat apa-apa kerana dia masih belajar untuk final semestar dan ketika itu juga mahu menyambut hari raya. Dia masih ingat suasana raya ketika itu hanya sederhana kerana banyak perkara difikirkan. Walaupun tahu mak ayah susah hati tetapi dia menyakinkan mereka ia hanyalah tumor.




Emaknya juga turut menyuruh dia mengutamakan kesihatan dan akhirnya Tiraa mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajiannya seketika.



Akhirnya dia selamat menjalani pembedahan yang memakan masa selama 4 jam. Doktor memberitahu pembedahan berjalan lancar tetapi ovari sebelah kiri terpaksa dibuang. Ini kerana tumor itu membesar dari bahagian situ.



Setelah sebulan menjalani pemnedahan, barulah dia mendapat keputusan penuh tumor berkenaan. Doktor memberitahu dirinya telah disahkan menghidap Kanser Ovari Dysgermimoma tahap 3 dan tumor berkenaan adalah sebesar 20 cm. Walaupun terkejut dengan berita itu tetapi Tiraa gagahkan diri bersikap tabah dengan dugaan yang menimpa.



Susulan itu dia pelu menjalani rawatan kimoterapi dan pengalaman pertama kali melakukan kimoterapi, keadaannya biasa sahaja. Tetapi apabila untuk pusingan berikutnya, Tiraa pernah mengalami muntah sehingga 17 kali.


                                       

Bukan itu sahaja, dia juga turut mengalami perubahan fizikal seperti badan kelihatan semakin cengkung, bulu kening nipis dan rambut juga mengalami keguguran. Keadaan itu menyebabkan Tiraa seperti berputus asa dengan hidup hingga tidak sanggup melihat dirinya di depan cermin. Namun dalam masa sama, dia perlu kelihatan kuat di depan ibu dan ayahnya.

Dia juga turut menjauhkan diri dari teman-teman lain. Emosinya ketika itu memang tidak stabil dan sering mahu marah pada orang sekeliling.



Dia juga sebak setiap kali melihat gambar teman-temannya yang belajar sedang berselfie atau keluar bersantai. Tetapi dia hanya duduk di katil sambil menantikan proses ubat kimo berjalan dalam tubuhnya. Sepanjang proses kimoterapi, dia hanya akan tidur dan berharap segalanya akan selesai dengan cepat.


                           

Setiap minggu juga dia perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan kimoterapi ini. Tiraa juga telah setelah menjalani 6 kali rawatan kimoterapi dan selepas selesai semua pusingan, dia merasakan beban dipikul seperti sudah hilang dan dada menjadi sedikit ringan kerana tidak perlu memikirkan pusingan rawatan selanjutnya.



Kini dia bersyukur kerana berjaya mengharungi enam pusingan rawatan dan turut menasihati hijabi/wanita di luar sana supaya sentiasa positif pada diri sendiri dan jangan terlalu stress. Buat masa sekarang dia belum menyambung pengajiannya dan perlu berehat secukupnya. Dia juga perlu mendapatkan rawatan susulan dengan membuat ultrasoubd 3 bulan sekali dan juga mengambil darah.



Perkongsian Tiraa ini mendapat share di twitter sebanyak 14K dan ramai yang memberi kata-kata semangat padanya selepas membaca thread dirinya.

Sabar dengan ujian




Keep inspiring other




Menurutnya dia tidak mengambil apa-apa suplemen tetapi mungkin disebabkan faktor genetik mempunyak keluarga yang ada kanser dan juga dia yang gemar makan rumpai laut dan dan mungkin itu adalah punca kanser berkenaan mulai membesar.




Catat Ulasan

0 Ulasan