“Anak Saya Tiada Akaun IG”- Nedim Nazri Bengang Dengan Akaun Palsu

“Anak Saya Tiada Akaun IG”- Nedim Nazri Bengang Dengan Akaun Palsu

Loading...
“Anak Saya Tiada Akaun IG”- Nedim Nazri Bengang Dengan Akaun Palsu:

                         


Suami aktres Nora Danish, Nedim Nazri mendedahkan akaun palsu Instagram (IG) yang diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk anaknya, Mohamed Neqayl Nazri Aziz yang baru dilahirkan semalam.

Menurut Nedim menersi IG Story miliknya, anaknya bersama Nora Danish itu tiada sebarang akaun IG atau laman sosial.

“Salam semua, terima kasih untuk doa kalian.
“Alhamdulilah Ney Ney (Neqayl) sihat dan sempurna.
“Cuma nak beritahu anak saya tiada akaun IG atau laman sosial.
“Terima kasih dan kami sayang kami semua,” tulisnya.
Menerusi IG story berikutnya Nedim mendedahkan akaun palsu yang diwujudkan.


                                 

                                 


Nora Danish telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada pukul 9.05 pagi semalam di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Bayi lelaki seberat 2.98 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan.
Menerusi perkahwinan pertama, Nora dikurniakan seorang cahaya mata, Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram, 9.

Manakala, Nedim juga mempunyai seorang anak, Mohamed Nedrin dalam perkahwinan terdahulu.


Catat Ulasan

0 Ulasan