ANGGUN TAYANG SUAMI KEEMPAT

ANGGUN TAYANG SUAMI KEEMPAT

Loading...
ANGGUN TAYANG SUAMI KEEMPAT:


Siapa yang tak kenal dengan penyanyi cantik Indonesia, Anggun yang menjadi salah seorang juri pencarian bakat Asias Got Talent.

Anggun atau nama sebenar Anggun Cipta Sasmi, 43, berjaya mencipta namanya bukan sahaja di Indonesia malah berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa.

Justeru tidak hairanlah apabila ramai yang ingin menjadi seperti Anggun, cantik dan berjaya serta dilabel salah seorang penyanyi terbaik di Indonesia oleh kerana mempunyai vokal yang mantap

Anggun juga mendapat gelaran wanita Indonesia yangnatural beautykerana sering mengenakan solekan yang minimalis. Tanpa solekan sarat,terpancar kejelitaan semula jadi Anggun.
Mungkin tuah menyebelahinya dari segi karier, tetapi wanita kelahiran Indonesia, Jakarta ini kurang bernasib baik dalam kehidupan berumah tangga.

Anggun telah berkahwin sebanyak tiga kali, suami pertamanya Michael Georgea yang juga pernah menjadi pengurusnya. Anggun berkahwin dengan Michael pada tahun 1992 dan akhirnya memutuskan untuk bercerai pada tahun 1999.

Kali kedua Anggun berkahwin bersama Oliver Maury jejaka dari Kanada pada tahun 2004 dan berpisah pada tahun 2006.

Seterusnya,perkahwinan ketiga Anggun adalah dengan penulis dari Perancis, Cyril Montana pada tahun 2010.

Menerusi hasil perkahwinan bersama Cyril Montana, Anggun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Kirana Cipta Montana yang kini berusia 10 tahun.

Sayangnya sekali lagi perkahwinan itu tidak dapat bertahan lama, Anggun dan Cyril Montana dikatakan berpisah pada tahun 2014 apabila memuatnaik gambar bersama seorang jejaka bernama Edwardo.

Terbaru, Anggun dikhabarkan telah berkahwin lagi buat kali yang keempat dengan Christian Kretschmar, 43, seorang jurugambar profesional yang sering mengambil gambar-gambar Anggun terutamanya di konsert-konsert.

Pelantun lagu Berganti Hati itu dilihat sering berkongsi foto kemesraan bersama suami barunya ini di laman sosial.
Walaupun sering gagal dalam perkahwinan namun Anggun tetap terbuka untuk peminat mengetahui kehidupan peribadinya.

Catat Ulasan

0 Ulasan