8 Perbezaan Lady Diana dan Kate Middleton

8 Perbezaan Lady Diana dan Kate Middleton

Loading...


Banyak yang berspekulasi perkahwinan Putera William dan Kate akan berkekalan berbanding perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana. Benarkah? 

Berikut beberapa perbezaan ketara antara Kate Middleton dan Lady Diana, seperti dikutip dari Your Tango. 

1.Pengumuman pertunangan 
Putera Charles dan Diana tidak begitu mengenal satu sama lain saat mengumumkan pertunangan, kerana jalinan cinta mereka tergolong singkat. Ketika menjawab soalan, Diana tampak malu dan jauh dari Charles. Keduanya juga kaku dan terlalu membentengi diri sebagai pasangan yang sedang dimabuk cinta. 

Berbeza dengan Kate dan William, kedua-duanya kelihatan selesa satu sama lain. Saat wawancara, Kate kelihatan sebagai peribadi yang senang bicara, keduanya juga tidak berhenti tersenyum dan dapat saling menyimak jawaban pasangannya. Pasangan ini lebih tampil di depan umum. 

2.Masa kecil 
Diana besar di tengah ibu bapa yang bercerai. Perdebatan soal perwalian anak menyebabkannya sakit hati dan sedih. Kesan tersebut dia rasakan saat diasingkan teman-teman sekelasnya, terutama sejak sang ayah memenangi perwalian Diana dan keempat saudaranya. 

Berbeza dengan Kate yang berasal dari keluarga lebih harmoni. Ibu bapa Kate masih bersama hingga usia perkahwinan kini 31 tahun. Kerana dibesarkan oleh ibu bapa yang mempunyai hubungan sihat, Kate mungkin akan lebih baik dalam menghadapi masalah dalam perkahwinan. 

3.Kelas sosial 
Tinggal tidak jauh dengan rumah Ratu Elizabeth II di Sandringham Estate, ayah Diana mempunyai ijazah bangsawan di Inggeris dan melayani Ratu dengan kedudukan terhormat sebagai horse stable master alias tuan penjaga kandang kuda. Hubungan kedua-dua keluarga cukup dekat hingga Pangeran Andrew dan Pangeran Edward kerap berenang di kolam renang keluarga Diana. 

Kate tidak tinggal dekat dengan Ratu atau mempunyai gelar kebangsaan, tapi ibu bapa Kate adalah pengusaha peralatan pesta yang cukup berjaya. Ibu bapa Kate berusaha sendiri untuk menjadi jutawan, itulah mengapa Kate ada di kelas menengah-atas. 

4.Pendidikan 
Setelah keluar dari sekolah asrama di usia 16 tahun, ayah Diana menghantar putrinya untuk menyelesaikan sekolah di Switzerland, namun dia hanya bertahan beberapa bulan di sana. Diana tahu dirinya menyukai anak-anak, tapi tidak mempunyai sijil memadai untuk menjadi guru. Dia pun memutuskan menjadi pembantu di sebuah sekolah keperawatan, tapi berhenti bekerja setelah dipersunting Pangeran Charles. 

Sementara, Kate berjaya menyelesaikan sekolah asrama dan meneruskan pendidikan di St. Andrews University di mana dia mempelajari sejarah kesenian dan akhirnya bertemu dengan Putera William. Kate akan menjadi Putri Inggeris pertama yang merasai bangku kuliah dan bekerja, meski tidak lama.Sebelumnya Kate bekerja selama setahun sebagai pembeli aksesori untuk syarikat fesyen Jigsaw lalu mengejar karier di bidang fotografi. 

5.Kepribadian 
Diana percaya, seorang wanita cantik seharusnya sederhana dan pemalu. Diana tampak kurang berpengalaman saat berhadapan dengan pengalaman hidup. Maklum, Diana masih 19 tahun saat bertunang dengan Charles dan masih sangat takut menghadapi dunia. 

Di usianya yang telah mencapai 28 tahun, Kate berusia lebih tua saat mengumumkan pertunangannya. Dia telah menyelesaikan pendidikannya dan hidup berdikari. Kate menghadapi dunia dengan penuh percaya diri, anggun, dan berkelas. 

Seperti dikutip Daily Mail,  "Seorang teman mengatakan betapa beruntungnya Kate berpacaran dengan William,  tapi Kate membalasnya dengan cepat,  'Dia beruntung berpacaran dengan saya'. "  Sangat berbeza dengan Diana yang sempat mengulas,  'Jika saya cukup beruntung untuk menjadi Princess of Wales .. ". 

6.Gaya berbusana 
Ketika pertama kali terlihat bersama Putera Charles, Diana bukanlah seorang fashionista. Namun seiring perhatian khalayak, dia telah menjadi ikon fesyen. Pemerhati mode menilai, Kate kerap meniru gaya berbusana Diana, di antaranya jaket ski berwarna merah, koleksi topi, dan busana berwarna biru Virgin Mary yang Kate kenakan sewaktu mengumumkan pertunangan. 

Kate lebih tua dan lebih percaya diri dari Diana, maka banyak yang berharap dirinya mampu membuat pilihan busana lebih baik. Konsep gaya busana terbesarnya adalah mempertahankan gaya busana yang santai namun elegan dan mungkin melupakan busana rancangan pereka, tapi memilih busana yang berpatutan bagi masyarakat Inggeris. 

7.Teman dan kehidupan sosial 
Diana tidak pernah dekat dengan teman-teman Charles. Banyak teman Charles yang mengemukakan bahawa mereka tidak pantas bersatu. Mereka tidak berada dalam lingkaran sosial yang sama, sehingga selama pernikahan mereka tumbuh menjadi peribadi yang saling menjauh. Diana mungkin dikelilingi oleh teman selebriti dan bangsawan, namun merasa sangat terpencil dalam menjalani kehidupannya. 

Sementara itu, Kate dan William dilaporkan mempunyai lebih banyak persamaan. Lingkaran kehidupan sosial William pada dasarnya lebih banyak dihabiskan bersama keluarga Kate. Kate, misalnya, lebih dekat dengan adiknya, Pippa. Keduanya tahu benar siapa teman sejati mereka. 

8.Seksualitas 
Ketika pengumuman pertunangan Charles dan Diana pada 1981 kepada wartawan Inggeris, paman Diana mengumumkan bahawa Diana adalah seorang gadis yang masih perawan. Kendati begitu, sebuah khabar angin mengatakan keperawanan Diana masih harus diperiksa oleh pihak kerajaan, kerana ketakutan mereka atas banyaknya bekas kekasih yang bersedia menceritakan berita sensasi apa saja demi wang. 

Berbeza dengan Kate dan William yang selama beberapa tahun terakhir telah hidup bersama. Keduanya sering menghabiskan bercuti di tempat romantis. Faktanya, William pertama kali tertarik pada Kate saat dia mengenakan busana tembus pandang di sebuah peragaan busana.
 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Saya lebih memilih Diana dari Kate.

    BalasPadam
  2. @Lynn Munir
    akak pun...Diana lebih dekat dihati semua,malah boleh dikatakan diseluruh dunia

    BalasPadam

jerit kat sini