Kerana Sihir,Ayah Makan Anak

Kerana Sihir,Ayah Makan Anak

Loading...
Warga dari sebuah kota di Papua New Guinea mengatakan, mereka telah menemui seorang lelaki yang menggunakan dadah disyaki memakan anaknya yang baru lahir dalam sebuah ritual sihir. Polis mengatakan warga di wilayah pinggiran kota Tabubil, daerah Barat, terbangun akibat suara jerit tangisan bayi itu.



Setelah mengetahui bahawa ayahnya memakan anak, sekelompok orang ramai mengamuk dan mengejar lelaki tersebut sampai ke balai polis, dimana dia telah ditahan. Polis mengatakan mereka gagal menyelamatkan nyawa bayi itu, yang meninggal akibat luka yang yang parah.


Ketua Polis Tabubil Demas Tapea mengatakan petugas polis telah menahan seorang lelaki dan isterinya untuk disoal siasat. “Hal itu merupakan insiden yang sangat ngeri,” kata Sersan Tapea. “Masyarakat kecewa dan marah namun mereka juga takut serta khuatir kerana ada kepecayaan terhadap sihir atau ilmu hitam,” katanya.


Sersan Tapea mengatakan suspek utama telah dikenal pasti . “Para penduduk setempat mengatakan lelaki itu melakukan ritual sihir, atau upacara untuk meningkatkan ilmu menjadi sakti,” katanya.


Tape juga mengatakan suspek memiliki rekod sejarah tentang penggunaan dadah dan dia tidak terkejut bila hal itu terjadi padanya. “Beberapa tahun lalu dia menjadi gila yang diduga akibat dadah,” katanya.


Pada 2009, lebih 50 orang terbunuh dalam pembunuhan berkaitan dengan sihir kerana kematian yang mendadak atau tidak masuk akal dalam sebuah komuniti masyarakat tertutup.


Sejumlah paderi Kristiani dan pemerintah Australia untuk wilayah itu, bersama dengan penguatkuasa Papua New Guinea, telah mengarahkan supaya mengakhiri kepercayaan terhadap sihir, namun hal itu sukar diatasi.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. kalau kat PNG ni xheranlah...sbb rata2 asal puak kanibal..mmg suke mkn org..

    BalasPadam
  2. xheranlah klau PNG ni..mmg asal puak kanibal..

    BalasPadam
  3. @wan hayden
    x sangka masih ada orng mkn orng skrng ni

    BalasPadam
  4. @cikgu mat
    mmg x de kije la tu..dah nama manusia,ada je sifat belum puas

    BalasPadam

jerit kat sini