Antara fenomena PSY dan Loman penjual ubat

Antara fenomena PSY dan Loman penjual ubat

Loading...

Bila baca en3 ni buat saya rasa tertarik...
jadi saya copy utk tatapan kita bersama..

                            
TERINGIN juga menulis mengenai konsert Hari Raya Cina PSY di Pulau Pinang dan percubaan pembesar Barisan Nasional menangguk di air jernih.


Orang yang tahu selok-belok menangguk tidak akan menangguk di tempat yang jernih airnya sebab ikan nampak tangguk dan lari. Sebab itu orang yang pandai menangkap ikan akan menangguk, memukat dan menjala di air keruh. Lagipun, air jernih selalunya tidak ada ikan. Air boleh jadi keruh apabila banyak ikan berkumpul.

Orang yang baca media massa arus semasa seperti portal berita dan blog tentu sudah mengetahui apa yang berlaku di konsert itu.

Dalam bahasa Inggeris basahan, ia bolehlah disifatkan sebagai “daft”. Oleh kerana tindakan itu “daft” maka tidak perlulah kita menghabiskan masa membincangkannya.
                              
                             sekadar gambar hiasan


Loman Penjual Ubat

Jadi kali ini saya akan menulis mengenai seorang penjual ubat yang sudah meninggal dunia yang sangat terkenal masa saya kanak-kanak dan remaja bernama Loman – singkatan kepada Abdul Rahman dalam loghat Thai.

Abdul Rahman mendakwa dia mualaf dan nama Abdul Rahman itu mengambil sempena nama Perdana Menteri Malaya/Malaysia waktu itu, Tunku Abdul Rahman Putra. Malah Loman mendakwa dia anak angkat Tunku. Masuk akal juga sebab Tunku memang cergas dalam kegiatan dakwah Islamiah melalui Perkim.

Loman yang bercakap Melayu pelat Siam menjual ubat di merata pekan sehari di Kedah dan Perlis. Dia menjual pelbagai ubat, tetapi yang paling terkenal adalah ubat sakit gigi dan ubat cacing ramu. Cacing lamu, kata Loman. Dalam bahasa baku, cacing ramu dikenali sebagai cacing kerawit (Enterobius vermicularis). Ia adalah antara jenis cacing yang menjangkiti ramai orang kampung waktu itu.

Kempen jualan ubat cacing kerawit Loman berbunyi lebih kurang begini (dengan izin dan berbanyak-banyak maaf): “Cacin lamu dia tak kela pungkok sapa. Pungkok Loman pun dia kolek. Pungkok Tunku Abdul Rahman pun dia kolek. Pungkok laja pun dia kolek.”

Memang betul. Anggota badan kita yang paling kerap diserang cacing kerawit adalah dubur. Sesiapa yang pernah kena serangan cacing itu fahamlah penderitaannya. Duduk tak sedap. Hendak tidur pun susah.

Tetapi ia tidak susah diubati. Ada banyak ubat tradisional yang boleh membunuh cacing itu. Ubat paling mujarab sekarang berjenama Zentel. Ia boleh dibeli tanpa kebenaran doktor di farmasi.

Semua Untuk Jualan Kecuali Sang Isteri

Selepas mempromosikan keberkesanan ubat "cacin lamu"nya, Loman akan berjenaka: “Adik-adik, abang-abang mai la beli ubat Loman. Kalu tak hilang nyakit hilang det (duit). Minta det balik, Loman dah makan.”

Dia kerap membawa isterinya, seorang perempuan yang jauh lebih muda daripadanya. Dia boleh dikatakan cantik dan bergaya. Loman tahu ramai juga yang datang bukan untuk membeli ubat, tetapi untuk melihat isterinya.

Sambil menudingkan jari, Loman berkata: “Hat ni yuai (jual). Hat tu yuai. Semua yuai.”Apabila sampai kepada isterinya, dia dengan senyum simpul berkata: “Hat tu tak yuai!”Kalau

Loman masih hidup, orang politik boleh belajar daripadanya. Loman tahu macam mana menarik minat pelanggan sebab dia ambil berat “mood” dan kehendak mereka.

Misalnya, dia tahu jangkitan cacing kerawit paling meluas pada musim hujan apabila tanah lembap dan kekotoran di mana saja. Dia tahu jangan sekali-kali berjenaka dengan orang sakit gigi.

Wallahualam.


* Dipetik dari blog The Scribe A Kadir Jasin

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. PM kita kena baca 'tips' ni..Air jernih pun ada ikan, tuu kat aquarium, tapi ikan yg sedia ada jea ler..Yg di air keruh kena sesuai 'tips' tangkapan tu..kan Kak.

    BalasPadam

jerit kat sini