Loading...
Seronok ADUN DAP, Manoharan Menghina, Merendahkan Lee Chong Wei
Di kala rakyat Malaysia sedang bersedih, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah dari parti DAP, M. Manoharan tanpa memikirkan sensitiviti anggota masyarakat, begitu seronok menghamburkan kata-kata yang merendahkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
‘LIN DAN wins.He played better than Lee Chong AWAY,” katanya dalam akaun Twitter miliknya.
Nampak tak bagaimana dia menggunakan perkataan AWAY untuk mengajuk nama Lee Chong Wei.
Lebih menyakitkan hati, Manoharan dengan begitu bangga memuji pemain China, Lin Dan sebagai;
“Lin Dan is so stylish.So modern.Doesn’t look like a China man.But from China.Tattoo all over.”
Takda pulak dia nak cakap apa-apa yang positif mengenai jaguh negara kita. Dan maksud lawyer kelas 3 ni apakah kita semua perlu ada tato untuk kelihatan moden?
Impian emas kita musnah, tetapi Manoharan menjumpai ruang untuk mempolitikan perkara itu.
“Malaysia will win its first GOLD Medal in Olympics after Pakatan takes over Putrajaya,” katanya lagi dalam akaun Twitternya.
Perlukah cakap benda-benda seperti ini?
Ada jaminan ke kalau tukar kerajaan kita akan menang emas? Dan adakah ini masanya untuk bercakap seperti itu?
Kalau ada rasa tak puas hati pun, carilah medium yang lebih baik dari Twitter, masa yang lebih sesuai, bahasa yang lebih baik untuk menegur.
Bukan macam orang tak bertamadun main taram cakap aje tak ikut tempat.
Semua orang sedang bersedih dan merasa ralat atas kekalahan Chong Wei, Manoharan melihat ia sebagai peluang untuk merendahkan Perdana Menteri dan kerajaan dan dalam proses itu menjatuhkan air muka Chong Wei.
Sesiapa sahaja yang menonton perlawanan akhir Badminton Olimpik London malam tadi tahu Chong Wei telah memberikan yang terbaik tetapi tetap tewas.
Sesiapa sahaja dalam akal yang waras tidak akan bercakap politik dalam waktu yang sebegini.
Siapa Manoharan, siapa kita untuk menilai apa dalam hati Chong Wei.
Ada beberapa orang yang membuat andaian dari segi wang yang dijanjikan jika menang emas kepada persembahan Chong Wei.
Namun, kita tahukah apa dalam hati Chong Wei? Rasanya dia benar-benar bermain untuk negara. Habuan yang dijanjikan mungkin bonus atau motivasi tambahan.
Semalam, selepas kekalahan di tangan Lin Dan, penulis lebih simpati dan kasihan pada Chong Wei. Lebih lagi daripada hakikat Malaysia terlepas emas pertamanya di olimpik.
Air mata dan kekecewaan yang wujud di wajah beliau, sepatutnya menyebabkan orang bodoh macam Manoharan pun meluahkan simpati kepadanya.
Chong Wei siap mohon maaf kepada rakyat Malaysia lagi akibat gagal memberikan emas kali kedua.
Perlukan beliau memohon maaf?
Rasanya lebih tepat jika Manoharan yang memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal mempertahankan semangat kesukanan.
p/s Proud of him..kami semua sokong beliau kerana telah melakukan yg terbaik utk malaysia..
Oleh: AK-47
sumber

2 Ulasan
tetap nak cakap,tahniah DLCW !!
BalasPadampandai cakap jer..cer suh si manoharan tu main,x ker kelaut??dah berbaur politik tu bunyinyer..apepon DLCW dah cuba yg terbaik!!
BalasPadamjerit kat sini