Kate Middleton Lebih Selesa Bersama Putera Harry?

Kate Middleton Lebih Selesa Bersama Putera Harry?

Loading...
LONDON 4 Ogos - Hubungan terlalu rapat antara Putera William, isterinya, Kate Middleton dan adiknya, Putera Harry menjadi bualan apabila gambar disiarkan sejak beberapa minggu ini, menunjukkan mereka bertiga seperti tidak boleh dipisahkan.

Mereka dilihat berbisik-bisik, ketawa di beranda Istana Buckingham ketika sambutan ulang tahun pemerintahan Ratu Elizabeth sehinggalah ke pertandingan ekustrian Sukan Olimpik baru-baru ini.

Beberapa gambar mereka turut menjadi bualan di dalam dan di luar negara, malah majalah gosip Amerika Syarikat (AS) menyifatkan kelakuan itu sebagai tidak sesuai.

Majalah Star mendakwa, hubungan mereka adalah 'hubungan cinta tiga segi' yang menyebabkan Middleton dan William bergaduh.

Bagaimanapun, rakan-rakan Harry menyatakan Putera itu hanya menganggap Middleton sebagai kakak.

Harry juga secara peribadi menyatakan, Duchess Of Cambridge itu merupakan kakaknya yang tidak pernah ada sebelum ini. - Agensi

p/s..gossip je kot..maklum ,mereka dua beradik kehilangan kasih sayang seorang ibu sejak dari kecil

Catat Ulasan

0 Ulasan