Mari Kita Ajar Pendatang Asing ,Baru Dia Tahu Siapa Kita

Mari Kita Ajar Pendatang Asing ,Baru Dia Tahu Siapa Kita

Loading...
                                            CARA MENGAJAR PENDATANG ASING



Sumpah, tidak sedikit pun saya prejudis terhadap orang yang makan sirih. Sejak kecil, ramai orang kampung saya, termasuk opah (telah lama arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat), mengunyah daun hijau yang kelat dan sedikit pedas itu.

Untuk menambahkan ummph, opah bubuh sedikit pinang – dipotong nipis menggunakan kacip – dan kapur dalam lipatan daun sirih sebelum mengunyahnya. Bagi pengunyah yang sudah tidak bergigi, mereka menggunakan gobek untuk melumatkan sirih.

Lepas mengunyah, dia menggunakan tembakau untuk mengelap gigi dan bibirnya yang merah dengan air sirih. Tembakau itu, sebesar ibu jari, kekal di mulutnya dan diletakkan antara bibir dan gigi, sebagai songel.

Saya percaya orang sekarang, terutama remaja era Twitter dan Facebook, tidak kenal daun sirih yang berbentuk love itu, jauh sekali untuk mengenali kacip, gobek, songel dan pinang. Orang kampung pun tidak lagi makan sirih.

Sebaliknya sirih sekarang menjadi kunyahan orang bandar, termasuk di KL. Seperti yang dilaporkan sebuah harian popular baru-baru ini, ramai pendatang asing lepak di laluan pejalan kaki Lebuh Pudu, untuk makan sirih.

Banyak gerai haram milik warga asing menjual sirih di kawasan tersebut, pada harga RM1 sebungkus. Ada yang membuat untung dari gerai tanpa permit menjual sirih, ramai pula yang lepak sambil khayal mengunyah sirih.

Tetapi ada kesan buruk, kotor lagi menjijikkan dari tabiat pendatang asing makan sirih. Mereka kurang ajar dan tidak menyesuaikan diri dengan kehidupan moden. Bagaikan masyarakat primitif zaman batu, mereka meludahkan air sirih yang merah itu pada tembok dan laluan pejalan kaki di kawasan tersebut.

Tembok dan laluan menjadi merah akibat beratus pendatang asing, terutama hujung minggu dan cuti awam, makan sirih dan berludah di situ. Tidak saja kotor dengan pancutan air sirih, kawasan itu juga disepahkan dengan sampah-sarap termasuk botol dan tin minuman, pembungkus makanan, puntung rokok dan sebagainya.

Kotor, loya dan memalukan, air sirih dan sampah sarap dibiarkan begitu sahaja di tengah-tengah bandar raya yang gah dengan bangunan pencakar langit. Pendatang asing ini menjadikan kawasan itu seolah-olah mereka punya. Mereka berkuasa, tidak ada siapa peduli.

READ MORE


Hairan, dengan sampah sarap dan sebahagian laluan dan tembok dimerahi air sirih, kita masih boleh bersabar dan buat-buat tidak nampak. Kawasan dan laluan kita dikotori oleh pendatang asing, kita masih berdiam diri.

Sebenarnya air sirih di Lebuh Pudu bukan kes terpencil. Pendatang asing sudah menguasai banyak kawasan milik kita. Mereka membuat kotor di kawasan flat dengan membuang sampah dan kekotoran, termasuk tuala wanita, dari tingkat atas. Mereka tidak takut sedikit pun.

Telah banyak kali dilaporkan mereka berkuasa dan mabuk di pusat-pusat hiburan juga di restoran yang dibuka 24 jam. Mereka menari dan memekik seolah-olah berada di negara mereka yang tidak ada undang-undang.

Malah, mereka berani membuka zip dan kencing di tempat umum, tanpa sedikit pun rasa malu. Tidak itu sahaja orang-orang luar ini mula menggugat kehidupan kita. Mereka merompak, mengedar dadah, merogol, membunuh.

Mereka tidak takut pada kita, sebaliknya kita pula yang takut pada mereka. Kita sentiasa berada dalam ketakutan di tempat sendiri.

Mengapa pihak berkuasa kita – polis, imigresen, pegawai penguat kuasa PBT – gagal bertindak ke atas pendatang kaki busuk yang suka buat taik? Apakah benar seperti anggapan umum bahawa si kaki busuk – tanpa mengira warna kulit, bentuk hidung dan bentuk bibir – tidak makan saman?

Atau, apakah mereka tidak makan saman sebab ada pihak yang makan rasuah? Atau, apakah kita perlu menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja hanya untuk menangkap pendatang makan sirih yang mengotorkan tembok kita?

Dalam kes air sirih, saya ada dua cadangan. Pertama, kenal pasti pendatang yang makan sirih, bagi mereka sirih percuma sebanyak mungkin, dan gunakan khidmat mereka untuk berludah pada dinding bangunan yang kedam dan kusam, supaya kelihatan merah menyala macam baru dicat.

Kedua, oleh sebab pihak berkuasa gagal menangkap peludah air sirih, kita gunakan khidmat bomoh dan dukun ilmu hitam, supaya pendatang primitif itu menjadi kaku dengan bibir merah dan lidah terjelir. Apabila sudah kaku, mudahlah kita buang mereka ke dalam laut!

p/s   artikel ni bukan akak yang tulis,penulisnya sebenarnya adalah Abdul Jalil Ali....

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. bole beritahu pada Mazidul Akmal Sidek... biar dia buat liputan pasal ni... ambil gambar betul2 org yg sedang meludah... papar dalam blog... lepas tu maklumkan pada PBT dgn Polis...

    BalasPadam

jerit kat sini