Istana Buckingham...memang unik

Istana Buckingham...memang unik

Loading...
10 Fakta Unik Istana Buckingham
1. Istana ini tidak menetapkan dress code secara rasmi, tetapi tidak ada satu orang pun yang mengunjungi dengan jeans lusuh juga. Kebanyakan orang yang dijemput ke Istana Buckingham di siang hari akan mengenakan seragam kerja ataupun jas. Sedangkan di malam hari, bergantung kepada peringkat formalitas, para tetamu lelaki akan mengenakan tali leher hitam atau putih. Jika para lelaki memakai tali leher putih, maka para wanita akan mengenakan tiara.

2. Suatu ritual yang harus dilakukan setiap hari walaupun pada hari Krismas adalah pembersihan kerakal (gravel) pekarangan dari istana ini. Kerakal ini dibersihkan dan dirapikan dengan kelengkapan mesin setiap pagi. Kemudian menjelang sore hari, akan diadakan lagi dua pemeriksaan, berjaga-jaga agar tidak kelihatan sampah muncul. Makanya anda tidak perlu terkejut jika melihat pekarangannya yang selalu kelihatan mulus.

3. Tempat dimana Istana Buckingham berdiri dulunya merupakan kebun pohon murbei (mulberry) yang ditanam oleh Raja James I, seorang raja pencinta buku yang memerintah selama tahun 1603 hingga 1625. Raja James juga menternak ulat sutera di istana tersebut. Tetapi, James memilih semak-semak murbei yang salah sehingga usahanya sia-sia.

4. Walaupun namanya adalah Istana Buckingham, tempat ini dulunya hanya merupakan 'landasan' bagi para bangsawan. Nama tempat ini diberikan pada abad ke-18 oleh ahli politik Tory: John Sheffield, Earl of Mulgrave dan Marquess of Normanby ketiga, yang merupakan Duke of Buckingham pada tahun 1703. Sang bangsawan ini pun membina tempat yang dinamakan Rumah Buckingham untuk dirinya sendiri sebagai tempat berkumpul yang mewah di London.

5. Arkitek virtuoso John Nash dan menukar Rumah Buckingham menjadi Istana Buckingham pada tahun 1820-an. Monarki pertama yang menggunakan kreasi Nash sebagai rumah rasmi adalah Ratu Victoria yang pindah ke sini pada tahun 1837. Leluhur Victoria, William IV, menganggap ini sebagai tempat kumuh - sebagaimana para orang Inggeris mengatakan dan malah menetap di tempat yang lebih umum iaitu Clarence House on The Mall.

6. Istana Buckingham secara reka bentuk sebenarnya lebih radikal daripada apa yang anda bayangkan. Beberapa bilik bertemakan kebudayaan China. Beberapa perabot dan dekorasi dipinjam dari gaya oriental berani Putera Regent Brighton Pavilion. Tetapi kemudian ini dijual oleh Ratu Victoria untuk membiayai pembangunan Istana Buckingham.

7. Monarki satu-satunya yang dilahirkan dan meninggal di Istana Buckingham adalah Edward VII, sang perokok yang juga pencipta kedamaian, yang hidup dari tahun 1841 hingga 1910. Jika anda mengatakan Edward perlu pergi keluar dari sangkarnya lebih kerap, beliau akan kesulitan untuk mencari tempat yang begitu central dan menarik perhatian. Jika anda tinggal di istana tersebut, anda juga akan dapat merasakan detak jantung dari kota London.

8. Pernahkan anda berfikir kenapa istana ini tidak dibom pada Perang Dunia ke-2? Sebenarnya, pengeboman terjadi dengan sangat parah. Istana ini terpukul 9 kali. Beberapa kali, Raja George VI dan Ratu Elizabeth menghindar agar tidak terbunuh. Anda pasti berfikir lagi kenapa mereka tidak pindah dari tempat yang begitu menarik perhatian, bukan?

9. Selama pengeboman tersebut, sekurang-kurangnya nyawa seseorang menjadi korban, iaitu PC Steve Robertson, seorang polis yang sedang berkhidmat di istana. PC Steve Robertson terkena sisa puing-puing yang berterbangan pada 8 Mac 1941 ketika bahagian utara dari istana ini dihancurkan. Terdapat logam pipih di kebun untuk mengenang beliau.

10. Jika bateri telefon anda habis dan anda tidak tahu waktu tempatan di Istana Buckingham, rileks saja. Tempat bersejarah ini mempunyai lebih dari 350 buah jam. 2 orang ahli jam akan memainkan kembali jam nya setiap minggu agar jam-jam tersebut semuanya dalam keadaan baik.

Sumber: kaskus.us






Catat Ulasan

0 Ulasan