Loading...
Terletak di bandar kecil Himeji, dekat wilayah Kobe, Jepun, Istana Himeji mempunyai menara utama setinggi 150 kaki dan terdiri daripada lima tingkat. Di bahagian kaki menara yang disebut Donjon, terdapat sebuah gerbang bernama Hara-Kiri Maru, yang ertinya Gerbang Bunuh Diri. Di tempat inilah, para kesatria Jepun yang gagal menjalankan tugasnya, melakukan hara-kiri (bunuh diri), dengan sukarela ataupun terpaksa.
Setiap kali selesai prosesi bunuh diri, darah para ksatria Jepun tadi dibersihkan dengan air yang diambil dari sebuah telaga. Sumur ini dikenali dengan nama Telaga Okiku. Okiku adalah nama seorang pelayan perempuan yang bertugas merawat seluruh benda pusaka kerajaan yang diletakkan di menara istana Himeji. Suatu malam, Okiku mendengar rencana pembunuhan terhadap raja dan melaporkannya dengan segera. Akibat tindakan heroiknya ini, nyawa Okiku mesti jadi permainan. Para pemberontak membalas dendam dengan menyebarkan gosip bahawa Okiku telah menjual harta pusaka. Percaya dengan gosip ini, akhirnya raja yang pernah ia selamatkan, justeru menangkap Okiku.
Okiku lalu diseksa sampai mati di dalam menara berwarna putih ini. Mayatnya dipotong-potong dan dibuang ke dalam perigi yang terletak di bawah menara. Sejak saat itulah, sering terlihat penampakan perempuan berambut panjang yang sedang menangis di menara istana. Bahkan, sampai kini, masih sering terdengar suara seseorang yang menghitung harta pusaka dan biasanya, di hitungan ke-10, disusuli suara lolongan yang nyaring.
sumber,http://www.gadis.co.id/
0 Ulasan
jerit kat sini