Ujian DNA: Ternyata Hitler Keturunan Yahudi Afrika

Ujian DNA: Ternyata Hitler Keturunan Yahudi Afrika

Loading...

Berdasarkan ujian DNA, Adolf Hitler merupakan keturunan Yahudi dan Afrika. Padahal, Hitler berusaha memusnahkan dua bangsa yang dinilainya 'sub-manusia' itu.
Wartawan Jean-Paul Mulder dan ahli sejarah Marc Vermeeren menggunakan DNA Hitler untuk mengesan sistem kekeluargaannya. Salah satunya adalah seorang petani Austria.
Sebuah majalah berita Belgium melaporkan sampel air liur diambil dari beberapa orang berkaitan dengan Hitler.
Kromosom yang disebut sebagai Haplopgroup E1b1b (Y-DNA) sangat jarang mereka temui di kebangsaan Jerman ataupun masyarakat Eropah Barat.
"Kromosom ini banyak ditemui di kawasan Algeria, Libya dan Tunisia, serta beberapa bangsa Yahudi seperti Ashkenazi dan Sephardic," kata Vermeeren seperti dikutip dari Daily Mail.
"Ini boleh menjadi salah satu bukti bahawa Hitler mempunyai kaitan dengan orang-orang yang ia benci," kata Mulders.
Haplogroup E1b1b1 rata-rata berada di sekitar 18-20% warga Ashkenazi dan 8,6-30% dari kromosom masyarakat Sephardic. Padahal, ini merupakan salah satu pengasas garis keturunan utama penduduk Yahudi.
"Ini adalah hasil yang mengejutkan," kata Ronny Decorte, ahli genetik yang bersetuju bahawa Hitler mungkin mempunyai garis keturunan yang sama dengan masyarakat Afrika Utara.
"Sukar untuk meramalkan, apa yang terjadi dengan maklumat ini apabila diketahui oleh lawan atau penyokong Hitler."
DNA ini telah diuji dalam keadaan makmal yang ketat untuk mendapatkan hasilnya. Ini bukan pertama kali dalam sejarah yang menunjukkan Hitler mempunyai kaitan dengan leluhur Yahudi.
Ayah Hitler, Alois, dianggarkan merupakan keturunan dari seorang gadis bernama Maria Schickelgruber dengan lelaki Yahudi benama Frankenberger. Laporan lain menunjukkan bahawa anak saudara Hitler, Patrick, cuba memerah bapa saudaranya atas garis darah ayahnya.
Hitler kemudian meminta peguamnya, Hans Frank, untuk menyiasat tuntutan tersebut. Beberapa waktu sebelum pecahnya Perang Dunia II, Hitler mengumumkan bahawa tuduhan tersebut tidak mempunyai bukti kukuh.
"Hitler tentu tidak akan bahagia mendengar maklumat ini," kata Decorte dari Catholic University of Leuven.
Sampel DNA diambil dari Stuart-Houston yang merupakan cucu keponakan Hitler.
(Vivanews.com)

Catat Ulasan

0 Ulasan