TAHU TAK KENAPA WANITA/GADIS ARAB CANTIK???

TAHU TAK KENAPA WANITA/GADIS ARAB CANTIK???

Loading...

Budaya dan kepercayaan membuat sebahagian besar wanita Arab tak memperlihatkan kecantikan mereka. Tetapi jangan salah, kecantikan para wanita Arab salah satu yang dianggap eksotik dari sekian bangsa di seluruh dunia. Apa saja rahsia mereka? Menurut kajian yang dilakukan Clinique La Prairie di Switzerland, wanita Arab mempunyai kulit tersehat dan termuda berbanding wanita dari belahan dunia lain. Ini beberapa alasannya dikutip dari laman Lindisima .



1. Kulit sihat Sesuai tradisi berpakaian, wanita Arab berjaya melindungi kulit dari kerosakan. Mereka juga tak memberi perhatian lebih pada proses pencokelatan kulit, kerana umumnya warna kulit wanita di kawasan ini berwarna kecokelatan. Selain itu, matahari tak popular di Arab yang memang beriklim panas.
Bagi mereka, lebih baik tinggal dalam rumah ketika matahari bersinar terik berbanding beraktiviti.

2. Berpakaian sopan dan tudung Sebahagian besar wanita Arab menggunakan hijab dan tudung dengan alasan agama, sebahagian lagi kerana alasan budaya. Cara ini terbukti berkesan melindungi kulit dari kekeringan akibat hawa panas dan sinar matahari.

3. Penjagaan kulit Datang dari kalangan ekonomi yang paling kaya di dunia, para wanita Arab merupakan pelanggan yang bijak dalam memilih kosmetik. Bagi mereka, kualiti produk rawatan sangat menentukan meskipun harus mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar. Wanita Arab pun tak sungkan mempertahankan kecantikan dengan prosedur seperti botox, laser, dan derma fillers .

4. Makanan Makanan di dunia Arab cenderung diproses dari bahan-bahan segar dan lebih alami daripada sebahagian besar dunia Barat. Peringkat wanita bekerja yang sedikit turut berpengaruh pada stres yang dialami wanita Arab. Umumnya, wanita Arab menjalani kehidupan dengan lebih santai, mereka mempunyai banyak teman dan cuba makan dengan perlahan. Inilah faktor lain kerutan dan penuaan lebih lambat dirasakan oleh para wanita Arab.

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. tapi memang wanita arab cantik asli. ini rupanya sebabnya.

    MOHD NASER.com

    BalasPadam
  2. wahh,.baru tahu kenapa diowang cntik2,.=)

    BalasPadam
  3. Nasz...
    mereka memang cantik asli....badan diorng pun besar2,kuat gagah berani pun ye jugak.
    Seorang kenalan saya yg pernah menetap disana pernah memberitahu...anak dara Arab senang2 je pikul tong gas naik tingkat 3,terkejut badak dia....sbb tu dia kensel terus nak kawen ngan anak dara Arab....takut katanya....:)

    Nurul...
    nampaknya lepas ni kena amalkanlah....nak cantik punya pasal...huhuhu

    BalasPadam
  4. i pernah pergi umrah..i tak pernah tengok perempuan arab yang cantik di malaysia..bila sampai mekah dan madinah..subhanallah sangat cantik..seperti bidadari..mata seperti jeli, kulit mulus gebu, bibir merah delima..tapi i rasa dekat area mekah and madinah je kot..sebab bila i tengok gambar kakak i yg study kat mesir, perempuan arab tak berapa cantik, seksi lak tu..

    BalasPadam
  5. mama...gitu ke,patut le perempuan2 kat sana pakai purdah..

    BalasPadam
  6. assalamaualaikum, saya pelajar timur tengah ,,saya mengakui wanita arab sangat cantik.. dan point no n2 n 3 tuh sangat tpat.. orang arab apabila nmpak wajah2 orang malaysia yg banyak jerawat pasti dia akan pndang 2x.. samada lelaki arab @ pun wanita arab,,sbb diorang merasakan bila ade jerawat tu, mst kita x jaga kulit betul.. sampaikan bile diorang sendiri yg ada jerawat, pasti dieorang akan tampal ape2 ubat die muke sbb diorang malu ade jerawat,.. hebatkan.. diorang sgt jaga kulit yg da sedia cantik tu..

    BalasPadam
  7. Sha na...salam..tertarik ngan ayat Sha na bila wanita Arab pandang orng M;sia yang berjerawat...pasti mereka pelik...akak juga pernah mengalami kes jerawat ni..mmg betul rasany kadang kita alpa dgn kaedah pembersihan,walhal masa masih gadis dulu sebiji jerawat pun x de,tapi satu je yang silap...akak "ter"share towel ngan kwn yang berjerawat...sampai sudah...amat payah nak hilangkan...

    BalasPadam
  8. kena rajin2lah bertutup litup. bukan setakat Islam menyuruh, utk kecantikan juga.

    BalasPadam
  9. memang tidak dapat dinafikan orang arab memang cantik2 belaka ...cuma biasalah cuma orang arab nie agak kasar sikit..berbanding orang asia...

    BalasPadam

jerit kat sini