Salam Aidilfitri buat semua sahabat,rakan FB,sedara mara dan semua kenalan

Salam Aidilfitri buat semua sahabat,rakan FB,sedara mara dan semua kenalan

Loading...
Esok(sekiranya) kita semua akan menyambut Hari Raya Fitrah atau dikenali sebagai Aidilfitri.
Dan setiap kali tiba detik berkenaan iaitu pada setiap kali menjelang Syawal, hati aku sebagai seorang isteri akan tersentuh. Wajah akan merona yang tidak menentu. Entah gembira. Entah kecewa.Semuanya berbaur sama rasa.

Seperti orang lain, waktu lebaran adalah detik istimewa dalam meraikan kejayaan setelah selesai menjalani ibadat puasa sepanjang Ramadan. Semestinya pada 1 Syawal, keriangan itu wajib dinikmati bersama keluarga. Balik kampung!
Namun satu yang pastu aku tidak berada dikampung halaman,aku berada disini....jauh dibumi Mersing,bersama suami dan juga anak-anak. Suasana berhari raya sudah lama seperti tidak ada rohnya ....semacam kosong terasa.Lagu-lagu raya juga tidak lagi menjadi sentimental,malah seperti lagu-lagu biasa yang lain.
Cuma satu yang aku pegang selama ini,beraya di tempat orang tidaklah sesadis mana,cuma sedikit lain dari yang lain.Dulu masa tinggal di Sabah....5 tahun aku sekeluarga beraya ditempat orang dan pengalaman itulah yang amat berharga bagi aku.
tak ada mak yang menunjuk ajarkan...segalanya sendirian berhad...tak tahu resepi bertanya ngan jiran sebelah...tau je la...kami semua hidup diperantauan,jadi pelbagai juadah negeri masing2 yang jadi hidangan..
Pada aku,beraya diaman-mana pun sama je,tambah-tambah beraya kat sini,biarpun dalaman rumah bertukat tapi tetamunya tetap sama...Juadah yang tersedia bertukar jenis dan rasa, tetapi selera makan tidak pernah berkurangan, bahkan makin bertambah-tambah.

Rakan-rakan yang pulang beraya di kampung terutamanya ke Terengganu, pastinya berbahagia dengan keluarga di sisi mereka. Aku yang beraya di perantauan pula, tetap bahagia dengan kerinduan kepada keluarga. Jauh di mata dekat di hati.
Aku beraya di perantauan dan aku tetap gembira. Aku bahagia dengan kerinduan kepada keluarga dan aku ceria dengan adanya suami,anak-anak dan rakan-rakan di sisi. Terlebih utama, aku gembira kerana kami ada Allah. Ingat Allah, hati pasti akan menjadi tenang.
Sempena Ramadan yang kian ke penghujung dan Syawal yang bakal menjelma aku mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang aku ber FB dan berblog(baru setahun jagung rasanya) wujud rasa riak atau timbul rasa kecewa dalam dada. Aku hanya insan biasa, lalu maaf zahir dan batin adalah sebaik-baik ucapan daripada aku kepada rakan-rakan yang mengenaliku tak lupa juga buat semua saudara mara yang jauh mahupun dekat.

Selamat Hariraya maaf zahir batin.

Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini