Loading...
"The Giant Mermaid Sculpture" di Alsters Lake, Hamburg, Jerman / Calgarysun
HAMBURG -
Ada yang berbeza di Alsters Lake. Tasik luas yang menjadi ciri khas kota Hamburg, Jerman itu, kedatangan tetamu istimewa. Seorang wanita tampak sedang berendam dengan tenangnya di antara perahu yang mengitarinya. Wanita itu mula berendam pada Rabu 3 Ogos petang waktu tempatan. Siapakah dia? Little Mermaid, kah? Kalau dilihat dari ukuran kepalanya yang menyumbul dari permukaan tasik yang mencapai ketinggian empat meter, tentu wanita itu tidak boleh disebut little (kecil). Maka itu masyarakat Hamburg menyebutnya "The Giant Mermaid Sculpture". Jelas wanita tersebut hanyalah merupakan sebuah patung hasil karya Oliver Voss, seniman yang juga merupakan ketua akademi advertising di Miami.
Patung wanita yang terdiri daripada tiga bahagian, iaitu bahagian kepala, dan dua buah kaki yang seketika menghebohkan warga tempatan itu adalah sebahagian daripada iklan sebuah produk kosmetik milik Marcia Kilgore dengan label Soap & Glory, demikian lansir Daylife , Kamis (4/8/2011). Patung wanita yang sesungguhnya dinamakan "Riesen-Nixe" (grand mermaid) atau juga "Badenixe" (bathing beauty), akan turut meramaikan suasana Alsters Lake selama 10 hari, bermula pada Rabu petang kelmarin, hingga Jumaat 12 Ogos akan datang. Masyarakat Hamburg kelihatan begitu bersemangat mengelilingi "wanita cantik" itu. Mereka berdecak kagum memandang karya Oliver.
SUMBER;JAGAD UNIK

0 Ulasan
jerit kat sini