Alquran Tertua Terdapat di Uzbekistan

Alquran Tertua Terdapat di Uzbekistan

Loading...

Tempat ditemui

Di sebuah sudut gelap di ibu negara Uzbekistan, Tashkent, terdapat satu peninggalan yang bersejarah bagi umat Islam, iaitu Al-Quran yang tertua di dunia. Al-Quran ini berasal dari masa pemerintahan khalifah ketiga iaitu Uthman bin Affan.

Uthman bin Affan merupakan perintis buku Al-Quran pertama, setelah sebelumnya Al-Quran hanya dihafal atau ditulis di atas lembaran kayu dan tulang unta. Pembukuan Al-Quran pertama ini dilakukan Utsman bin Affan ketika berada di Madinah. Pembukuan Al-Quran ini selesai pada tahun 651 atau 19 tahun selepas kematian Rasulullah SAW.

Tujuan Pembukuan

Pembukuan ini dilakukan Uthman untuk mengelakkan perselisihan dan perbezaan versi dari ayat Al-Quran, sehingga beliau memutuskan untuk membukukannya. Di Tashkent, Al-Quran ini disimpan di sebuah kawasan yang dikenali dengan nama Hast-Imam lokasi yang jauh dari keramaian orang.

Lokasi Simpanan
Letak lokasi simpanan Al-Quran ini berdekatan dengan makam saintis dari abad ke-10, Kaffel Sashi. Simpanan Al-Quran ini berada di kawasan bangunan yang menjadi pusat aktiviti Mufti Uzbekistan atau pimpinan keagamaan tertinggi di negara ini.

Al-Quran tertulis pertama yang dibukukan ini sangatlah berharga, kerana itu ia disimpan di dalam sebuah peti kaca yang menempel ke dinding. Malangnya, kerana sudah berusia beratus-ratus tahun, Al-Quran ini tidak utuh lagi. Saat ini yang tersisa hanya tinggal sepertiganya saja atau sekitar 250 halaman lagi. Ayat-ayatnya ditulis dalam bahasa Bahasa Hejaz dan ditulis di atas kulit rusa.

5 salinan Asli

Disebutkan bahawa Khalifah Uthman membuat lima salinan Al-Quran ini dan menyebarkannya ke berbagai wilayah Islam. Selain yang ada di Tashkent, salinan lain juga masih disimpan di Topkapi Palace di Istanbul, Turki.

Tidak jauh dari lokasi simpanan Al-Quran, ada juga sebuah rumah yang ternyata menaungi benda bersejarah lainnya, iaitu helai rambut Rasulullah SAW. Selain Al-Quran tertua, helai rambut ini juga menjadi salah satu koleksi bersejarah yang dimiliki Asia Tengah dalam kaitan mereka dengan sejarah Islam.

Di lokasi yang sama juga terletak perpustakaan yang menyimpan kekayaan dengan koleksi bersejarahnya. "Dianggarkan di perpustakaan itu ada sekitar 20 ribu buku dan tiga ribu naskah," ujar Ikram Akhmedov, pembantu sang mufti.

Buku-buku itu rata-rata adalah buku tentang sejarah abad pertengahan, astronomi, dan perubatan. Namun ada juga Al-Quran dan buku-buku tentang ilmu undang-undang. "Namun benda tertua di perpustakaan ini adalah Al-Quran yang berasal dari abad ketujuh atau dari masa pemerintahan khalifah Uthman bin Affan," jelasnya.

Kewujudan Al-Quran yang tertua di dunia ini mengingatkan kita betapa rantau Asia Tengah memberikan peranan sangat penting dalam sejarah perkembangan agama Islam. Ini juga merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan, bahawa harta karun umat Islam berada di negara yang dulunya merupakan pecahan negara komunis terbesar di dunia, Kesatuan Soviet.

Sejarah sampainya Al-Quran dari dinasti pemerintahan Uthman bin Affan ke Tashkent ini sangatlah luar biasa. Setelah kematian Uthman bin Affan, sebahagian orang menyatakan bahawa Al-Quran ini dibawa oleh Ali bin Abi Talib ke Kuffah atau yang sekarang dikenali sebagai Iraq.

Tujuh ratus tahun kemudian, ketika Tamerlane (penakluk rantau Asia Tengah) datang ke daerah ini, ia mencari Al-Quran ini dan membawanya ke ibukotanya di Samarkand, Al-Quran ini berada di Samarkand lebih dari empat abad, hingga orang Rusia menakluk bandar ini pada tahun 1868.

Saat itu, Gabenor Rusia menghantar Al-Quran ini ke St Petersburg dimana Al-Quran ini kemudian disimpan di perpustakaan kerajaan. Namun setelah pecahnya revolusi Bolshevik, Lenin yang sangat bernafsu menguasai daerah umat Islam menghantar Al-Quran ini ke Ufa atau yang kemudian dikenal sebagai Bashkortostan.

Namun akhirnya, setelah berkali-kali diminta oleh Muslim Tashkent, Al-Quran ini akhirnya kembali lagi ke Asia Tengah pada tahun 1924. Sejak saat itu, Al-Quran ini ditempatkan di Tashkent dan berlangsung hingga saat ini. Sejak awal kewujudannya, Al-Quran ini telah menarik ramai orang termasuk pemimpin umat Islam untuk mengunjunginya. Sehingga dirasakan sangat aneh kerana Al-Quran ini masih ditempatkan di lokasi tersebut.

Barangkali ini merupakan ketakutan kerajaan Uzbekistan yang banyak diwarisi oleh nilai-nilai dari era komunis Soviet. Hingga kini mereka masih tidak mempercayai Islam kerananya mereka juga masih memandang Islam dengan penuh kecurigaan.

Mufti yang juga menguruskan dan menjaga kewujudan benda-benda ini menyatakan bahawa Al-Quran ini tidak dipertontonkan dan dijaga agar tidak terlalu menarik perhatian. Ini dilakukan untuk menjaganya dari hal-hal negatif yang mungkin berlaku.


sumber:http://www.beritaunik.info/2011/08/25/alquran-tertua-terdapat-di-uzbekistan/Beritaunik.info

Catat Ulasan

0 Ulasan