Norfazliana,Jadi Ketua keluarga diusia 15 tahun

Norfazliana,Jadi Ketua keluarga diusia 15 tahun

Loading...
Jaga nenek sakit jantung berlubang dan dua adik selepas kematian ibu bapa

Kesanggupan seorang remaja yatim piatu, Norfazliana Mohd Fadly, 15, bekerja siang dan malam selepas waktu sekolah untuk m
embantu menyara dua adiknya dan mengumpul wang membeli ubat neneknya cukup meruntun jiwa. 

Sikap berdikari dan bertanggungjawab yang tebal dalam dirinya seharusnya menjadi contoh terbaik remaja seusianya. 

Masakan tidak, ketika remaja lain menjalani kehidupan sempurna bersama ahli keluarga dan menghabiskan masa remaja dengan melakukan apa yang sepatutnya dilakukan termasuk memberi sepenuhnya tumpuan kepada pelajaran, Norfazliana terpaksa memikul tugas berat seperti 'ketua keluarga'. 


Kisah malang hidup pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai (SMKBS), Perak, itu bermula selepas kematian bapa, Mohd Fadly Ismail sejak 10 tahun lalu dan menyusul pula ibunya, Noor Azlina Mokhtarauddin, enam tahun kemudian. 

Selepas itu, beliau dan adiknya, Mohd Husaini, 9, dan Nurul Fatiha, 14, dijaga nenek mereka, Sarih Yahaya, 59, yang kini terlantar akibat penyakit jantung berlubang di rumah di Kampung Keramat, Parit Buntar, Perak. 

Bagaimanapun, kesusahan dialami tidak pernah dijadikan alasan sebaliknya beliau terus berazam untuk bersekolah dan sanggup bekerja siang dan malam bagi membantu dua lagi adiknya yang masih bersekolah di samping menjaga nenek yang mengalami penyakit jantung berlubang. 

Tanpa mengenal letih, rutin dilakukan termasuk membantu bapa saudaranya, Mohd Azrul Ramli, 27, berniaga pada waktu siang dan malam, di sebuah gerai makan, di Jalan Jeti, Bagan Serai, sejak dua tahun lalu, tanpa menagih upah bagi membalas pengorbanan bapa saudara mereka itu yang turut membantu dirinya dan dua adiknya. 

Norfazliana berkata, selepas tamat waktu persekolahan beliau dan dua adiknya terus ke gerai makan untuk membantu bapa saudara mereka pada sebelah petang. 

"Pada waktu malam pula saya akan membantu rakan bapa saudara berniaga burger di hadapan bangunan Arked Mara, di sini sehingga jam 12.30 tengah malam. 

"Kesemua wang gaji bekerja di gerai burger diserahkan kepada nenek bagi kegunaannya merawat penyakit jantung berlubang. Meskipun nenek sakit, dia tidak pernah mengeluh dalam mengasuh kami. Jasa dan pengorbanan nenek amat besar kepada kami dan hanya inilah cara yang dapat saya balas jasanya yang selama ini bersusah payah menjaga kami tiga beradik dengan penuh kasih sayang," katanya ditemui FAMILI, baru-baru ini.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Sedihnya... mana pergi wakil rakyat kat situ?
    Selalu ada kes macam ini.

    BalasPadam
  2. kesian..sekecil itu dah terpaksa berdikari demi kelangsungan hidup..maybe w/rakyat pun terlepas pandang

    BalasPadam

jerit kat sini