Aisberg berukuran enam kali bandar raya Manhattan kini menuju kekawasan terbuka

Aisberg berukuran enam kali bandar raya Manhattan kini menuju kekawasan terbuka

Loading...
WASHINGTON 24 April - Para saintis kini sedang memantau keadaan sebuah aisberg berukuran enam kali bandar raya Manhattan, yang terpisah dari glasier Antartika dan kini menuju ke kawasan lautan terbuka.

Pakar glasier NASA, Kelly Brunt berkata, keluasan aisberg yang dikenali sebagai B31 yang terpisah dari Antartika pada akhir Novermber lalu itu, berukuran 660 kilometer persegi dengan ketebalan 500 meter.

"Kami kini sedang memantau keadaan salah satu daripada aisberg terbesar dan dijangkakan ia akan bergerak ke kawasan lautan yang tidak menjadi tumpuan kapal-kapal," jelasnya. - REUTERS

Pemanasan Global makin serius. Baru-baru ini juga sebuah bongkah aisberg seluas 7.4 Km padu di Greenland. Fenomena pecahan Aisberg terbesar ini merupakan buat ppertama kalinya di rekod di dalam filem. 

Rakaman fenomena semula jadi ini di rakam oleh James Balog yang merupakan sebahagian projek dokumentarinya: Chasing Ice. Chasing ice ialah merupakan dokumentari khidmat sosial yang di buat bagi meningkat kesedaran berkenaan pemanasan global. 

Catat Ulasan

0 Ulasan