Loading...
SHAH ALAM: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin , menimbulkan persoalan ramai berhubung ke mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ketika sambutan tahun baru 2014.
Dalam tulisannya, Kadir menulis ketika orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka bagi memprotes kenaikan harga barang dan kos sara hidup, Najib tiada di Malaysia untuk mendengar tuntutan mereka.
“Ketika penunjuk perasaan, menentang kerajaan, menuntut itu dan ini, mereka perlu tahu bahawa perdana menteri, Mohd Najib Abdul Razak, tiada di sini untuk mendengar tuntutan mereka secara langsung,” tulis Kadir diblognya, kadirjasin.blogspot.com.
Menurut Kadir, maklumat diperolehi menyatakan Najib berada di luar negara ketika sambutan tahun baru walaupun pada awalnya dinafikan kumpulan ‘Penasihat Komunikasi Najib’ (CAG).
Katanya, dalam satu kiriman di blognya bertajuk “Wanita Chief and the Grandmaster” pada 11 Disember lalu, seorang bernama Zainol memberi komen Najib dan isterinya, bercuti ke Los Angeles (LA) dan terbang ke Sydney, Australia sempena tahun baru.
“…Dia kata Najib akan pergi cuti di LA dengan Isteri… Mereka terbang dari LA ke Sydney nak tengok matahari naik di Sydney.
“Jam itu kita masih tidur di Malaysia. Lepas itu mereka akan terbang dari Sydney pergi ke Las Vegas untuk tengok kali kedua matahari naik. Sebab Amerika satu hari lambat dari Australia,” komen itu dipetik Kadir.
Menurut Kadir, beliau mengirimkan pesanan ringkas (SMS) kepada ‘anggota CAG’ untuk bertanyakan kebenaran perkara itu, namun ia dinafikan.
Bagi mengesahkan ia bukan sekadar gossip atau fitnah, Kadir pada 30 Disember lalu mengirim SMS kepada Setiausaha Najib, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad yang mengesahkan Najib ke luar negara dan tugasnya diambil alih oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kadir menambah, beliau juga bertanya kepada editor dua buah akhbar, salah seorangnya juga anggota ‘CAG’ melalui SMS, bagi mengetahui sekiranya ada kenyataan rasmi dibuat.
Editor berkenaan kemudian mengesahkan bahawa tiada kenyataan rasmi dikeluarkan, namun enggan namanya dipetik.
Kadir yang sebelum ini dianggap bekas orang kuat Tun Mahathir Mohamad mencuri perhatian apabila menyindir Najib dan isterinya, Rosmah Mansor di blognya.
Secara sinis beliau mencadangkan Rosmah dilantik ke jawatan menteri, malah ke jawatan perdana menteri kerana peranannya mengambil tugas menteri-menteri kabinet.
Ia ekoran pujian Najib terhadap isterinya itu pada Perhimpunan Agung Umno awal Disember lalu, selepas mendapat kritikan menggunakan jet kerajaan untuk lawatan peribadi ke luar negara.
Tulisan Kadir itu, dilihat oleh ramai pemerhati politik sebagai serangan awal terhadap kepimpinan Najib dan mewakili pandangan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Keadilan Daily
1 Ulasan
heheheheh ni semua idea dan konspirasi dr. m nak jatuhkan najib plak. dulu dia buat konspirasi dengan muhyidin yassin jatuhkan pak lah, sekarang nak bagi mukhriz naik, dr. m nampaknya terdesak gunakan orang kuat beliau kadir untuk sindir dan burukkan imej najib.pandai sungguh dr. m, tak sia2 beliau beljar jadi doktor dulu ;)
BalasPadamjerit kat sini