Nurul: Mata saya hampir lebam seperti papa

Nurul: Mata saya hampir lebam seperti papa

Loading...

aib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, jika tidak ada campurtangan penyokong Pakatan Rakyat pada ceramahnya di Gambang, Pahang semalam, beliau pasti mendapat 'mata lebam' seperti bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Katanya, serangan terhadapnya oleh lelaki pada ceramah di Felda Lepar Hilir I pada malam semalam itu hampir-hampir mengenainya

"Ia hanya beberapa inci (hampir mengenai), kamu pasti tidak mahu ukur, ia sangat tidak menyenangkan," kata Nurul Izzah.

Menurutnya lagi, penyerang yang memakai baju merah perlahan-lahan memasuki tempat ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berkata sekiranya tiada penyokong yang menahannya, beliau pasti menerima nasib seperti Anwar yang dipukul menjelang perbicaraan kes liwat pertamanya lebih sepuluh tahun lalu.

Nurul Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain masih belum diketahui setakat ini.

Nurul Izzah turut menunjukkan kepada pemberita beberapa keping gambar ketika kejadian bagi menyokong dakwaannya.

Pagi tadi, akhbar web PKR Keadilandaily melaporkan, anggota Umno setempat sengaja mengganggu ceramah Pakatan dengan menganjurkan sesi karaoke dan menghantar SMS ugutan sebelumnya.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, ketika giliran Nurul Izzah berucap, kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan Ketua Umum PKR itu.

Dakwanya, "budak-budak muda" itu cuba memukul Nurul Izzah sehingga beliau dan puteri Anwar itu terpaksa diiringi polis meninggalkan kawasan berkenaan.

p/s sedikit isu politik pepagi ni menarik perhatian saya...namun yang menarik perhatian saya,benarkah spt yang didakwa atau mereka ada agenda tersendiri??orang sendiri??maklum..politik sekarang banyak yang main ganas-ganas..

Catat Ulasan

1 Ulasan

jerit kat sini