Buat kenalan-kenalan alam mayaku

Buat kenalan-kenalan alam mayaku

Loading...
Aku ingin tersenyum padamu hari ini,
Walaupun aku tidak dan belum pernah melihat wajahmu.
Membayangkanmu adalah seperti usaha
menjaring angin namun semoga kau dapat menangkap senyumku.

Dan aku mahu berkata
cuaca di tempatmu amat indah
Kerana walaupun mendung menyapa bumbung rumahmu
Aku tetap ingin mengajakmu menikmatinya dengan senang

Aku ingin menyentuh jemarimu saat ini
Walaupun kau beribu batu jauhnya
Kerana jarak tak pernah menggagalkan segalanya

Dan sebelum kuakhiri coretanku hari ini,
Anggaplah aku telah memelukmu dengan kata...
Sebuah pelukan dari sahabatku
untuk mengenali hari ini dalam kehangatan.

p/s Sahabat seperti bintang-bintang di langit... walaupun jauh... namun ia tetap memberi sinar dan kehangatan di bumi di tempat manusia berpijak...

Catat Ulasan

0 Ulasan