Aku...mengandung lagi?? atau.......???

Aku...mengandung lagi?? atau.......???

Loading...

Pening dan rasa yang amat tidak sihat hari ini membuatkan aku terfikir...
mengandungkah aku atau ada sesuatu yang lain yang tidak kena?


Maka, sebab itu sangat dititikberatkan supaya kita semua menjaga kesihatan dengan sebaik mungkin. Ini untuk memastikan bebas daripada sebarang penyakit berbahaya. Apabila diserang penyakit tertentu, maka sudah semestinya juga memberi kesan terhadap kewangan. Ini kerana mereka terpaksa memperuntukkan sejumlah wang setiap bulan untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan. Keperluan untuk warga tua hidup sihat termasuk:

- Makanan seimbang (Nutrition)
- Keselamatan (Safety)
- Tempat berteduh / tinggal (Shelter)
- Agama (Spiritual / religion)
- Rekreasi (Recreation / leisure)
- Kebolehan bergerak (Mobility)
- Kasih sayang (Sexuality / love)
- Kebolehan berinteraksi/ berhubung (Communication)

Masalah kesihatan warga tua akan berlaku jika keperluan untuk hidup sihat seperti yang dinyatakan di atas tiada/ tidak dapat dipenuhi atau dicapai. Penyakit berikut lebih kerap berlaku dalam kalangan warga tua:

- Penyakit berjangkit contohnya radang (atau infeksi) paru-paru, infeksi pundi kencing, pundi hempedu dan sebagainya.
- Penyakit barah seperti payu dara, serviks, paru-paru, usus besar dan sebagainya.
- Penyakit degeneratif / “perubahan merosot” akibat proses penuaan contohnya osteoarthrities, osteoporosis, dementia (nyanyuk), parkinson, artheroscleerosis (contohnya penyakit koronari jantung serta angin ahmar) dan sebagainya.
- Penyakit chronic disability seperti terjatuh, immobile (ketidakupayaan berjalan atau bergerak) dan sebagainya.
- Penyakit akibat masalah sosial contohnya, sunyi, bingung, muram, kurang zat makanan (malnourish), didera dan sebagainya.
- Penyakit yang juga dihadapi orang muda seperti DM, darah tinggi dan sebagainya. Sembilan puluh peratus warga tua hidup sihat. Hanya 10 peratus yang perlu penjagaan kesihatan. Tetapi 10 peratus yang kurang sihat menggunakan dua kali ganda sumber kewangan yang diperuntukkan.

(Sumber Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia)

p/s..ops..aku belum lagi masuk kategori warga emas...just satu peringatan sesama kita...

Catat Ulasan

0 Ulasan