Loading...
Sesungguhnya peranan ibubapa dalam perkara ini amat besar dan menjadi tanggung jawab mereka dalam mendidik mengikut acuan yang dimahukan terutama dalam didikan agama yang menjadi paksi kpd seluruh kehidupan mereka.
Bukan mahu mengaibkan sesiapa sekadar buat renungan bersama...petikan ini sy peroleh dr sebuah majalah.
Dalam satu majlis kelmarin sy melihat gelagat 2 orng kanak2 dlm usia 8 dan 10 tahun.Anak kpd sepasang suami isteri muda yg turut hadir dlm majlis tersebut.Secara kebetulan sy duduk semeja dgn suami isteri berkenaan yang juga saudara kpd tuan punya majlis.
Mmg sy akui ibunya seorng yg lemah lembut dan ramah tamah.Namun sy agak ralat krn kedua2 anaknya tersangat2 lasak dan langsung tidak menghormati majlis.
Sikap lasak anak mereka amat ketara sehingga ramai tetamu yang berbisik2 sesama sendiri sambil menuding kearah kanak2 tersebut.Anak2nya asyik merayap dari meja ke meja mengganggu tetamu yang hadir.
Anak lelakinya yg berusia 10 tahun menjadikan ruang majlis tersebut seolah2 padang bola.Sekejap mereka menjerit,sekejap mereka bergaduh dgn kata2 kesat yg tidak sepatutnya diluahkan oleh kanak2 sebaya mereka.Ketika tetamu utama memberi ucapan kedua2nya sempat berlari dan bertenggek ditepi tangga sambil memetik bunga dr pasu bunga.
Jangan katakan penganjur,sy yg x de kene mengena turut makan hati.Nak dimarah anak orang,makin dibiar makin menjadi2.Yang pelik ibubapa mereka langsung x ambil pot(kisah) dan hanya tersenyum melihat telatah mereka.Beberapa kali sy cuba menyelamatkan keadaan dan menyuruh ibunya memanggil metreka,tapi jwpan yg diberikan"Tak apa...diorang dah biasa".
Semua yg melihat hanya mampu menggeleng kepala sambil tersenyum kelat.Sy rasa sikap memanjakan anak yang terlampaulah yang menyebabkan anak2 sekarang amat2 tidak menghormati orang yg lebih tua.Masaalah disiplin yang amat kritikal terutamanya di sekolah hatta diluar rumah.
Ibarat kata pepatah melentur buluh biarlah dr rebungnya,semuanya bermula dr rumah dan dan di tangan ibubapanya.Jika ibubapa bijak mencorak maka akan jadi baik anak2nya,begitulah sebaliknya.
Sayangkan anak bukan membiarkan mereka hanyut dgn tingkah laku yg tidak bersopan dan menghormati orng lebih tua tetapi perlu diserapkan dgn nilai2 murni agar mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah.
Salam.
0 Ulasan
jerit kat sini