Loading...
SOALAN: Saya sekeluarga mengalami masalah besar. Ayah saya sebelum meninggal dunia lebih kurang empat bulan, sebelum dia sakit suka keluar rumah pada waktu malam. Selepas pukul 12 malam merayau di seluruh kampung.
Orang kampung takut kerana dia begitu garang ketika itu. Ketika sakit, selain makanan yang biasa, dia suka makan isi kelapa muda setiap malam.
Siang dia tidak bermaya, tetapi bertenaga dan liar pada waktu malam. Setelah meninggal dunia semua anaknya mengalami sakit badan seperti digigit-gigit lembaga hitam berwajah arwah ketika tidur.
Anak saya selalu kena pijak perut dan ditindih ketika tidur. Di rumah selalu ada bau busuk atau hanyir dan hilang dengan tiba-tiba. Anak lelaki saya selalu didatangi lembaga hitam berwajah arwah. Saya katakan kepada adik-beradik apa yang berlaku adalah saka, tetapi mereka semua marah kepada saya, dikata saya memperlekeh dan tidak menghormati arwah ayah, sedangkan orang kampung tahu arwah ayah adalah orang alim.
Saya sekarang berikhtiar hanya untuk menyelamatkan keluarga saya. Apa yang saya perlu tahu di sini, apakah sebenarnya saka itu? Adakah ia benar-benar wujud?
- Amir, Kajang, Selangor.
JAWAPAN: Membicarakan tentang saka adalah satu perkara sensitif. Sesuatu yang tidak nampak dan tidak mudah untuk diyakini. Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya, daripada ibu ataupun bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, ataupun ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga.
Yang dimaksudkan dengan “ilmu yang dipusakai” itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari.
Dengan perantaraan makhluk tadi, waris berkenaan berupaya melakukan rawatan penyakit, menilik dan sebagainya dalam keadaan menurun atau tidak menurun. Hasil daripada penglibatan makhluk ini juga waris ada kalanya melibatkan diri dengan ilmu kebatinan mempertahankan diri, seperti ilmu amalan wali suci, budi suci dan lain-lainnya atau ilmu kebatinan yang dinamakan amalan al-Fatihah, silat syeikh, amalan sinar Islam dan sebagainya.
Amalan kebatinan mempertahankan diri ini juga melibatkan ilmu kebal, ilmu penggerun, ataupun amalan yang lebih bersifat peribadi, seperti ilmu seri muka, ilmu kebidanan tradisional atau ilmu andaman tradisional.
Pemilik saka yang melibatkan ilmu perbomohan ataupun dukun yang diwarisi oleh seseorang akan membolehkan pewaris memiliki kebolehan untuk melakukan rawatan dan sebagainya, yang berkaitan dengan ilmu kebatinan seperti yang pernah dilakukan oleh pewaris tadi, berupaya melakukan rawatan dalam keadaan menurun biarpun dia tidak pernah mempelajari ilmu kebatinan yang khusus.
Dari sinilah lahirnya orang yang tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri, menurun lalu melakukan rawatan, berupaya menilik sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan sebagainya.
Hal demikian berlaku kerana makhluk tadi meresap dalam tubuh orang berkenaan, menguasai otak, jasad, lidah dan pergerakan lalu menggunakan jasad manusia untuk bertindak.
Keadaan seperti ini dikenali sebagai “menurun” di mana makhluk halus tadi telah menurun atau meresap dalam tubuh manusia lalu bertindak melakukan sesuatu menurut tujuan asal makhluk ini meresap dalam tubuh manusia.
Pelbagai natijah luar biasa (nadir) mencarik kebiasaan adat, dan tidak dapat difikiri oleh akal punca dan sebab-musabab berlaku seperti yang dijelaskan. Iaitu boleh melakukan rawatan, menilik benda-benda ghaib, menjadi kebal, digeruni, mengangkat benda-benda berat dan sebagainya yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.
Makhluk yang berdampingan itu dalam proses masa tertentu menjadi sebahagian daripada dampingan manusia menyebabkan orang yang seumpama ini berupaya melakukan sesuatu yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.
Jin atau makhluk halus yang dibela oleh manusia, pada kebiasaannya memerlukan manusia yang biasanya terdiri daripada kaum keluarga atau terus berdampingan dengan manusia setelah tuan yang asal tadi meninggal dunia. Makhluk yang seperti inilah yang dinamakan saka, yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi berikutnya.
Penurunan saka boleh berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja. Dilakukan dengan sengaja apabila seseorang itu secara berterangan menyatakan pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau berkelayakan mewarisi ilmu pemiliknya, yang dimiliki selama ini. Apabila orang yang berkenaan menyatakan kesanggupannya menerima, maka bermula dari tarikh itu, dia telah mewarisi saka tadi.
Penurunan ilmu saka juga boleh berlaku secara tidak langsung apabila seseorang waris itu menerima barang-barang tertentu, yang pada kebiasaannya terdiri daripada keris, lembing, ataupun tombak atau objek lain seperti tangkal, azimat, batu geliga, akik dan sebagainya.
Objek-objek tersebut pada zahirnya merupakan benda yang dapat dipegang dan dirasa dengan tenaga atau dilihat oleh pancaindera. Objek tersebut hakikatnya adalah merupakan lambang, di mana di sebalik lembing atau batu geliga atau lain-lain objek tadi terdapat jin atau jin-jin berserta dengannya. Penurunan kaedah kedua ini biasanya berlaku setelah pewaris meninggal dunia di mana barang-barang tadi menjadi barang peninggalan si mati (pewaris).
Objek-objek ini, terutamanya keris pada kebiasaannya dilangiri dengan air limau nipis pada malam-malam tertentu, seperti malam Jumaat, sebulan sekali atau di malam Jumaat awal Muharam setiap tahun ketika bulan penuh dan diperasapkan dengan kemenyan.
Limau nipis merupakan satu bahan penting yang sering digunakan dalam pelbagai upacara amalan kebatinan termasuk perubatan Melayu tradisional, untuk memutus ubat, mandi perajan, mandi membuang sial badan dan sebagainya. Kaedah atau upacara melangiri senjata mungkin diketahui melalui pengajaran oleh pewaris ataupun melalui mimpi.
Apabila seseorang itu menerima saka tadi, tidak kira sama ada pada asalnya pewaris itu reda atau tidak, lalu akhirnya tunduk menerima dan melakukan upacara atau syarat-syarat yang diajar secara langsung atau tidak langsung termasuk ketika mimpi, makhluk tadi akan semakin rapat dengan “tuan” barunya yang boleh “diperintah” melakukan sesuatu. Iaitu untuk tujuan rawatan seperti yang dijelaskan. Untuk membinasakan lawan atau orang lain dengan permintaan “pelanggan” yang datang menemuinya.
Dari sinilah lahirnya pelbagai jenis amalan kebatinan seperti ilmu pengasih, ilmu penunduk, ilmu seri muka, ilmu pemisah iaitu untuk memisahkan antara suami isteri, ilmu pelalau iaitu ilmu menyebabkan seseorang itu, tidak kira lelaki atau perempuan tidak mendapat jodoh atau premis perniagaan yang tidak didatangi oleh pelanggan.
Termasuk dalam ilmu kebatinan ini ialah khidmat daripada pemilik saka yang boleh digunakan untuk menyakiti seseorang yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak normal atau bertindak seperti orang yang tidak waras, santau dan sebagainya.
Semua amalan ini termasuk dalam kategori ilmu sihir iaitu tindak-tanduk manusia yang melibatkan jin-jin atau yang dikenali sebagai makhluk-makhluk halus. Perlu dijelaskan bahawa amalan sihir adalah salah satu perbuatan dosa besar yang membinasakan.
Ilmu yang diwarisi melalui saka ada dua jenis. Jenis pertama adalah seperti yang dijelaskan di atas, yang ada kalanya boleh digunakan untuk sesuatu yang dianggap boleh memberi manfaat, seperti untuk tujuan rawatan, ilmu pengasih, ilmu seri muka, digunakan untuk mencari barang hilang dan sebagainya.
Selain mencari barang hilang, saka juga boleh digunakan untuk mencuri barang kepunyaan orang lain, seperti mencuri wang, barang kemas, pakaian termasuk seluar dalam dan baju dalam. Terlalu banyak hadis membicarakan tentang keupayaan jin-jin yang mencuri bahan makanan iaitu kurma di zaman nabi s.a.w.
Selain boleh “digunakan” untuk tujuan yang dijelaskan, makhluk ini juga sering menyakiti orang lain, jiran-jiran termasuk kaum keluarga “tuan” saka tadi, malah dalam keadaan tertentu makhluk ini boleh menyesatkan iman si empunya diri, yang dianggap sebagai “tuan” tadi, akan menyerang tuannya, terutama ketika telah uzur, sakit atau ketika tua.
Orang Melayu yang memahami hal-hal yang berkaitan dengan saka ini sering beranggapan bahawa makhluk ini seumpama tidak terkawal apabila “tuannya” meninggal dunia dan tidak ada di kalangan keluarga yang “bersedia” untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh pewaris selama ini.
Keadaan akan menjadi reda apabila salah seorang daripada waris sudi menjadi tuan kepada makhluk ini.
Anggapan ini ada kebenarannya, tetapi pada hakikatnya biarpun makhluk ini mempunyai tuan baru, ia tetap menjadi masalah kepada manusia, terutama kepada keluarga yang terlibat kerana antara tujuan utama iblis dan syaitan itu ialah untuk menyesatkan manusia seberapa banyak yang boleh, agar mereka dapat masuk ke neraka bersamanya.
Jenis kedua ialah saka ataupun penyakit yang diwarisi daripada seorang pewaris kepada seorang atau beberapa orang waris akibat daripada gangguan atau serangan iblis dan syaitan yang berlaku turun-temurun. Bermaksud sekiranya seorang pewaris itu sakit, sakit yang sama akan dideritai oleh warisnya.
Pada kebiasaannya, sakit yang berpunca daripada saka tidak kira sama ada saka jenis pertama atau kedua adalah sama. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu tidak boleh tidur malam, selalu termenung, berasa sakit kepala seperti dibaji-baji lalu dia menghantuk-hantukkan kepala maka keadaan yang sama akan dialami oleh keturunannya, atau mereka yang diserang oleh saka tadi yang terdiri daripada kaum keluarganya.
Tidak mudah untuk memberi penjelasan bahawa seseorang itu sakit akibat saka. Umumnya, apabila sesuatu masalah atau sakit itu dirujuk kepada mereka yang terlibat dengan amalan kebatinan, maka selalunya dikatakan bahawa penyakit tersebut dirujuk sebagai kena buatan orang, kena sihir, gangguan, saka dan sebagainya.
Hakikatnya masalah penyakit perlu dirujuk kepada pakar, kerana punca penyakit itu adalah pelbagai akibat kecederaan, seperti luka, patah, keracunan, stres, depres dan sebagainya, akibat gangguan ataupun sihir.
Punca kedua ini sukar diakui oleh pengamal perubatan moden juga, berpunca daripada dua faktor yang dijelaskan yang berlaku serentak kepada mangsa.
rujukan dr Pedagang hujung dunia

0 Ulasan
jerit kat sini