Gadis melampau menerima padah

Gadis melampau menerima padah

Loading...
Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu
hari, seorang gadis yang terpengaruh
dengan cara hidup masyarakat Barat
menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke
destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walau pun tinggal dibumi yang
terkenal dengan tradisi keislaman,
pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata..

Bajunya agak nipis dan seksi hampir
terlihat segala yang patut disembunyikan
bagi seorang perempuan dari pandangan
lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu
dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas
itu ada seorang tua yang dipenuhi
uban menegurnya. “Wahai pemudi! Alangkah
baiknya jika kamu berpakaian yang
baik, yang sesuai dengan ketimuran dan
adat serta agama Islam kamu, itu
lebih baik daripada kamu berpakaian
begini yang pastinya menjadi mangsa
pandangan liar kaum lelaki….”
nasihat orang tua itu. Namun, nasihat
yang sangat bertetapan dengan tuntutan
agama itu dijawab oleh gadis itu dengan
jawapan mengejek. “Siapalah kamu hai
orang tua? Apakah di tangan kamu ada
anak kunci syurga? Atau adakah kamu
memiliki sejenis kuasa yang menentukan
aku bakal berada
di syurga atau neraka?” Setelah
menghamburkan kata-kata yang sangat
menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang.
Tidak cukup setakat itu, si gadis
lantas cuba memberikan telefon bimbitnya
kepada orang tua tadi sambil
melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.
“Ambil hanphone ku ini dan
hubungilah Allah serta tolong tempahkan
sebuah bilik di neraka
jahannam untukku,” katanya lagi lantas
ketawa berdekah-dekah tanpa
mengetahui bahawasanya dia sedang
mempertikaikan hukum Allah dengan begitu
biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut
mendengar jawapan dari si gadis manis.
Sayang wajahnya yang ayu tidak sama
dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut
terdiam ada yang menggelengkan kepala
kebingungan. Semua yang di dalam bas
tidak menghiraukan gadis
yang masih muda i tu yang tidak
menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak
mahu menasihatinya kerana khuatir dia
akan akan menghina agama dengan lebih
teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas
pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di
dapati tertidur di muka pintu bas.
Puas pemandu bas termasuk para penumpang
yang lain mengejutkannya tapi gadis
tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba
orang tua tadi memeriksa nadi si
gadis. Sedetik kemudian dia
menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah
kembali
menemui Tuhannya dalam keadaan yang
tidak disangka. Para penumpang menjadi
cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba
tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir
jalan. Orang ramai segera berkejar untuk
menyelamatkan jenazah tersebut.
Tapi sekali lagi mereka terkejut.
Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di
jalan raya. Mayatnya menjadi hitam
seolah olah dibakar api. Dua tiga orang
yang cuba mengangkat mayat tersebut
juga kehairanan kerana tangan mereka
terasa panas dan hampir melecur sebaik
saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak
keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah
kisah ngeri lagi menyayat hati yang
menimpa gadis malang tersebut. Apakah
hasratnya menempah sebuah bilik di
neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah,
sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di
atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan
ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar
ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali
sekali kita mempertikaikan hukum
Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan
mempersendakan atau ejekan.

Catat Ulasan

0 Ulasan