Jutawan Atau Tidak ,Nelydia Senrose Ada Jawapannya

Jutawan Atau Tidak ,Nelydia Senrose Ada Jawapannya

Loading...
Jutawan Atau Tidak ,Nelydia Senrose Ada Jawapannya






Baru saya mengakui sedang mengenali hati seseorang dan tidak menafikan cincin yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya adalah pemberian daripada seseorang, pelakon Nelydia Senrose juga mengakui sudah pun bersedia untuk menempuh satu fasa serius di dalam hidupnya.

Katanya kepada MH, meski dia lebih gemar untuk tidak terlalu menghebohkan kehidupan privasi, dia bagaimanapun sudah bersedia untuk dimiliki, cuma masih menunggu jodoh terbaik.
“Sudah tentu saya sudah bersedia. Cuma kena tunggu masa sesuai sampai betul-betul Allah berikan jodoh bilakah untuk saya berkahwin,” kata Nely kepada MH.
Ditanya sama ada adakah lelaki yang bertakhta di hatinya kini bergelar jutawan seperti yang diperkatakan netizen, adik kepada pelakon Uqasha Senrose ini tidak tahu menahu soal status lelaki berkenaan.
“Saya pun tak tahu daripada mana orang bercakap, kata dia jutawan. Saya sendiri tidak ada jawapan tersebut. Dia seorang ahli perniagaan, tentang status dia jutawan ke tidak saya tak tahulah. Tak tengok pula bank akaun dia kan. Jadi orang boleh cakap,” katanya dalam nada seloroh. 

                                

Belum setahun mengenali lelaki yang dikenali sebagai Hafiz itu, Nely mengharapkan pengakhiran yang baik terhadap hubungannya kini.
“Saya tak berani cakap sebab terlalu awal. Saya memang mengharapkan pengakhiran yang baik. Cuma jodoh itu hanya Allah saja yang tahu.

Buat masa sekarang ni, saya memang berkawan dengan dia tengah mengenali hati budi,” akhirinya Nely jujur.
Dalam perkembangan lain, Nely kini sibuk dengan penggambaran drama rantaian 100 episod, Cinta Tiada Ganti yang diadaptasi menerusi drama popular Filipina, Sanay Wala Nang Wakas.


Turut sama berlakon di dalam drama yang bakal bersiaran menerusi Astro Prima itu ialah Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi, Ben Amir dan ramai lagi.

Foto: Sumber Google, Instagram Nelydia Senrose


Catat Ulasan

0 Ulasan