Header Ads

"Papa peduli apa.. You’ll forever and ever be my baby girl" - Norman Hakim

loading...
"Papa peduli apa.. You’ll forever and ever be my baby girl" - Norman Hakim:

norman%2Bhakim%2Banak.jpg

Sememangnya kasih dan sayang daripada ibu dan bapa kepada anak-anaknya tidak akan pernah luntur sehingga bila-bila pun.

Walaupun sduah tiba masa satu hari nanti si anak telahpun meningkat dewasa, namun dari pandangan mata ibu dan bapa, anak-anak mereka ini masih dilihatnya seperti anak kecil yang pernah dikendong oleh mereka satu masa dulu.

Begitulah yang terjadi dalam satu perkongsian daripada pelakon popular, Norman Hakim.

Dalam update terbaru, pelakon ini menerusi akaun Instagramnya telah muat naik foto yang mana Norman Hakim sedang memakaikan kasut kepada anak keduanya iaitu Marissa Dania.

Jelas di dalam gambar yang dikongsikan oleh Norman itu, Marissa tertunduk malu sambil menutup mulutnya.

Menurut caption yang ditulis oleh Norman, pelakon ini menyatakan bahawa Marissa Dania memang berasa malu apabila ayahnya itu memakaikan kasut untuknya kerana ada orang lain yang memandang nya.

Mungkin bagi Marissa, dia sudah besar dan boleh memakai kasutnya sendiri namun Norman berkata dia tidak peduli dengan kata-kata orang kerana bagi dirinya, anaknya itu tetap dianggap "baby girl" sampai bila-bila.

Ini caption dari Norman Hakim:

"and she’s coming home too! Dia malu papa nak pakaikan dia kasut sbb org tgk.Papa peduli apa.You’ll forever and ever be my baby girl Marissa Dania" 


norman%2Bhakim.jpg

Memang ramai yang tersentuh hati selepas membaca perkongsian dari Norman Hakim ini.

Para peminat dan follower Norman Hakim turut meluahkan rasa yang sama dan masing-masing merindukan bapa mereka.

Ini antara komen yang ditulis oleh orang ramai:

nurjohari53: "Sebaknya..teringat arwah ayah sy… saya pon dulu manja dengan arwah ayah saya…

muhammadhazam57: "Bangga ade papa mcm ni..

maizunawahidun: "Sedih… teringat pada arwah abah

syahirahhh08: "Tengok gambar ni teringat arwah ayah .. sllu jugk arwah ayah pakai kan sy kasut masa nak g sekolah . Last arwah ayah buat masa form 1 . Sehari sebelum dia masuk ward . Nak g sekolah arwah pakai kan kasut walaupun tgh demam . Sok nya masuk ward seminggu lepas tu ayah meninggal . 6 tahun dah berlalu . Alfatihah ayah.
Tahniah buat Norman Hakim yang boleh dijadikan teladan sebagai role model untuk ayah yang bagus. Semoga keluarga Norman terus bahagia!

Sumber: Instagram Norman Hakim

Kredit: MH
Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.