Header Ads

Resepi Kerutuk Itik Datin Eyka Noah ‘Wajib’ Dicuba. Kari Ikan Tongkolnya Memang Sedap

loading...
Resepi Kerutuk Itik Datin Eyka Noah ‘Wajib’ Dicuba. Kari Ikan Tongkolnya Memang Sedap:


Orangnya memang cantik bergaya.Sentiasa berpenampilan menarik. Datin Eykah atau nama penuhnya Datin Nur Zulaikha Ellieyana Noah ini cukup ramah melayani tetamu dan rakan yang datang berkunjung.


Sebagai anak jati Terengganu lauk Kerutuk Itik kerap menjadi menu utama di meja hidangan.Ini lauk yang diwarisi dari ibu beliau



Bercerita mengenai lauk pauk Terengganu,ceritanya, Nenek dan ibu memang pakar buat lauk kerutuk itik. Ia jadi menu padanan wajib di kenduri kendara yang dihidang bersama nasi dagang. Kari Ikan Tongkol juga ‘favorite’ saya dan keluarga. Untunglah saya dapat belajar dari mereka sebab lauk seperti Kerutuk Daging yang asli dan lazat memang sukar dicari. Sedari zaman persekolahan saya telah didedahkan dengan ilmu masakan. Sebagai cucu sulung dari anak sulung, 

pastilah saya amat rapat dengan nenek yang banyak berkongsi petua dan tip masakan.
Suri hati kepada ahli perniagaan Datuk Mohammad J.K Noah ini mengakui, suami beliau hebat memasak.Namun ini bukan alasan untuknya tidak memasak di rumah.

Bila kawan-kawan darn saudara mara datang berkunjung masa inilah beliau akan menyingsing lengan memasak untuk tetamu. Apa hebatnya resipi Kerutuk Itik dan Kari Ikan Tongkol sentuhan beliau, jom kita cuba.


KERUTUK ITIK
BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor itik | anggaran 1 1/2 kg
  • 500ml santan pekat
  • 4 sudu makan rempah kerutup
  • 3 sudu makan air asam Jawa
  • 3 sudu makan kerisik
  • Garam dan gula kabung secukupnya
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
  • 15 ulas bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 3cm kunyit
  • 2cm lengkuas
  • 4 batang serai
BAHAN GORENG SANGAI DAN KISAR:
  • 1 sudu makan ketumbar biji
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
BAHAN REMPAH PENUMIS:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 7 biji buah pelaga
  • 7 biji bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah penumis, hingga naik bau dan tambah rempah kisar tadi.
2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga pecah minyak, masukkan gula kabung, garam dan air asam Jawa.
3. Seterusnya masukkan rempah kerutuk, kacau dan tumis lagi seketika.
4. Masukkan itik dan sedikit air biarkan mereneh hingga itek empuk.
5. Akhir sekali masukkan santan dan sedikit air, biarkan mereneh hingga kuah pekat baru masukkan kerisik.
6. Kecilkan api biarkan kuah hingga pekat dan terbit minyak.
7. Setelah isi itik lembut, rasa sekali lagi untuk pastikan agar secukup rasa sebelum tutup api.
8. Kerutuk Itik sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika perlu boleh rebus dahulu itik bersama hirisan halia, dan sedikit rempah kerutuk.


KARI IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
  • 2kg ikan tongkol |rebus bersama asam keping dan garam
  • 1/2kg santan pekat
  • 4 keping asam gelugor
  • 1 keping gula kabung
  • Garam secukup rasa
  • 4 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 sudu makan halba campur
  • Minyak masak sec ukupnya
BAHAN KISAR:
  • 15 ulas bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
  • 3cm halia
  • 3cm kunyit hidup
  • 2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan halba campur, diikuti dengan bahan kisar.
2 .Kacau rata hingga wangi kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
3. Tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan gula kabung.
4. Setelah gula hancur, masukkan santan pekat dan tambah air secukupnya.
5. Seterusnya masukkan asam gelugor, ikan dan garam.
6. Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga pecah minyak.
7. Jika suka, boleh tambah cili bulat.
8. Setelah cukup rasa, tutup api.
9. Kari ikan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Kari lebih sedap jika disediakan awal sekurang-kurang tujuh jam sebelum sedia dihidangkan.

Loading...

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.