Header Ads

4 tahun buku ASB hilang, setelah dikemaskini, didapati bakinya WOW...

loading...
4 tahun buku ASB hilang, setelah dikemaskini, didapati bakinya WOW....
Seorang Hamba Allah mendakwa buku ASB beliau hilang pada tahun 2011 namun bernasib baik ditemui semula pada tahun 2015. Apa yang memeranjatkan adalah setelah mengemaskini buku tersebut, baki akaun ASB amat mengejutkan!.. WOW....


Ikuti kisah beliau:

4 tahun lepas, berbekalkan sebuah motor kapcai 125ZR di zaman rempit huha-huha, aku menuju ke Dataran Maybank, Bangsar. Kemudian disapa seorang akak di kaunter bank ni untuk join benda yang aku tak pernah ambil tahu langsung ketika itu. Ye la masa tu rambut pun ada ekor siap warna perang lagi.

Sejak dari tu memang tak pernah update atau ambil tahu langsung. Orang heboh² sana-sini aku buat tak tahu jer. Semalam terjumpa buku #ASB ni yang ingatkan dah lama hilang. Hari ni terlanjur ada di Maybank, teruslah bawa untuk update. "Wah lama betul tak update ni dik!! Masyukk!!", akak di kaunter Maybank tu tadi menyapa. Aku tersengih je dengan " Entahlah kak", perlahan.

Baki ASB beliau setelah dikemaskini: RM 17,234.75
Lumayan juga hasilnya. Haha! Alhamdulillah. Ku namakan ini pelaburan zaman rempitku. Huha pun huha juga dulu, tapi kena sentiasa pandang 10 ke 20 tahun akan datang.

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.