Header Ads

Jiran Dakwa Fazura & Taufik Batisah Bertunang

loading...

Apa benar?  Tergelak-gelak apabila membaca screenshot perbualan individu yang dipercayai bernama Sabrina ini.


 Dari apa yang ditulis, Fazura dikatakan telah dirisik oleh penyanyi dari Singapura, Taufik Batisah baru-baru ini.
Macam mana boleh tersebar berita ni? Sebab setahu kami Fazura pernah memberitahu umum yang dia dan Taufiq adalah kawan lama. Tak ada pula kata mereka bercinta.



“This is a LIE” – Fazura

Bagaimanapun, Fazura yang mengetahui hal ini terus menepis gosip tersebut dan menganggap apa yang cuba disampaikan oleh Sabrina adalah satu penipuan.

Malah, Taufik juga menyarankan Fazura supaya tak melayan khabar angin yang disifatkan mengarut itu. Bagus Taufik ni, tak melatah langsung.

Dalam perbualan yang lain pula, Sabrina mengatakan dia merupakan jiran kepada Fazura dan mengaku sangat rapat dengan selebriti berkenaan. Eh, tadi Fazura kata sepupu, ni jiran pula. Mana satu ni?

Persoalannya sekarang, siapa Sabrina dan apa motif Sabrina cuba menyebarkan berita palsu tersebut? Haa dah macam cerita Detektif Conan pula!
Mungkin ada pihak yang sengaja mengambil kesempatan melihat kemesraan Fazura dan Taufik sewaktu mereka menjadi juri Maharaja Lawak Mega 2014. Lebih-lebih lagi apabila Fazura kerap berkongsi foto selfie dengan penyanyi handsome itu.

Oh bulan

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.