Header Ads

Siti Nak Anak!

loading...
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.


Rasanya, ramai yang simpati dengan penyanyi pujaan Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza yang masih belum mengandung.
Belum ada rezeki lagi kot. Apa pun, sudah pasti dalam hati kecil Siti cukup mengharapkan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga setelah hampir lapan tahun menikah.

Tak apalah Siti, ada orang yang sampai 10 tahun mendirikan rumah tangga baru dikurniakan anak. Yang penting kenalah berusaha ke arah itu walau dengan apa cara sekalipun.

Jangan suami kahwin lain sudahlah sebab itu tak menyelesaikan masalah, tapi menambahkan lagi beban atas kepala.
Kata Siti baru-baru ini, siapa yang tak mahu anak. Jelas wanita berusia 36 tahun itu, cahaya mata dan jodoh adalah kuasa Tuhan.

"Bukan ibu Siti sahaja yang mengharap zuriat. Siti pun tertanya-tanya bila nak dapat anak. Namun sebagai umat Islam, rezeki, zuriat dan jodoh di tangan Allah SWT.

"Yang penting Siti tidak putus asa dan henti berdoa," katanyanya baru-baru ini ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-36.

Buat Siti dan Datuk K, kalau sudah bahagia luar dan dalam, apa lagi nak dirisaukan.


Ramai yang seronok tengok Siti dan suami bahagia menyulam cinta seperti pengantin baharu sampai sekarang.
Siti dan Datuk Khalid Mohamed Jiwa atau Datuk K, 56, bertunang dan bernikah serentak 21 Ogos 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini.

Pasangan sehati sejiwa itu sepakat memilih tarikh berkenaan bagi memperoleh keberkatan sempena Israk Mikraj yang jatuh pada hari sama.

Majlis persandingan pula berlangsung seminggu kemudian iaitu pada 28 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.