Header Ads

Kanak-kanak Di Kurung Dan Di Biarkan Kelaparan Kerana Makhluk Halus

loading...

Imej: The Malay Mail Online

DIKURUNG DALAM FLAT KOTOR TANPA MAKAN MINUM SERTA TANPA SUMBER CAHAYA


Kejadian yang menyayat hati ini berlaku di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang apabila seorang kanak-kanak perempuan darjah satu ditemui dikurung dalam sebuah rumah flat yang kotor tanpa diberi makan minum dan tanpa sebarang sumber cahaya. 

Kanak-kanak itu dibiarkan dalam keadaan kelaparan tanpa belas kasihan dan tanpa perikemanusiaan oleh keluarganya sendiri. Dia dibiarkan bersendirian di flat itu tanpa sebarang keperluan asas sedangkan bapanya yang mempunyai keluarga baru tinggal di unit yang tidak jauh dari unit di mana kanak-kanak itu dikurung.


PENEMUAN KANAK-KANAK PEREMPUAN YANG LAPAR DALAM FLAT YANG GELAP


Pihak polis menemui kanak-kanak perempuan tersebut pada malam Khamis yang lalu semasa memeriksa unit rumah flat berkenaan dan selepas menjalankan soal siasat ke atas bapa kanak-kanak itu. Walau bagaimanapun lelaki berumur 34 tahun itu tidak memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis.

Penemuan kanak-kanak malang itu bermula apabila gurunya menyedari dia telah tidak hadir ke sekolah selepas hari pertama persekolahan iaitu pada 12 Januari yang lalu. Kecurigaan pihak sekolah semakin bertambah apabila bapa kanak-kanak tersebut telah datang ke sekolah pada hari Khamis untuk mengambil bantuan sekolah sebanyak RM100.00.

Atas sebab kecurigaan tersebut, salah seorang guru kanak-kanak tersebut telah membuat laporan polis sekitar jam 3.30 petang hari Khamis. Bertindak atas laporan berkenaan, pihak polis telah pergi ke rumah flat tersebut pada lebih kurang jam 7.15 malam untuk membuat pemeriksaan dan menyoal siasat bapa kanak-kanak itu.

Semasa ditemui oleh pasukan polis, kanak-kanak itu sedang berdiri dalam rumah flat yang gelap itu dan sebaik ditemui dia meminta makanan. Tubuh badannya sangat kurus dengan berat 7 kilogram sahaja iaitu ukuran berat yang tidak masuk akal bagi seorang kanak-kanak yang berumur 7 tahun. Dia juga mengalami lebam di beberapa bahagian badan dipercayai kesan dicubit oleh seseorang.

DIKURUNG DAN DIBIAR LAPAR KERANA DIRASUK MAKHLUK HALUS


Perkara ghaib sememang wujud dan kes-kes kerasukan disebabkan oleh makhluk memang biasa kita dengar, tetapi terdapat kaedah perubatan Islam yang boleh membantu menyelesaikan masalah sedemikian. Mengurung dan membiarkan kanak-kanak sekecil itu tanpa makan dan minum atas alasan dia dirasuk oleh makhluk halus merupakan sesuatu tidak dapat diterima akal sama sekali.

Itulah alasan yang diberikan oleh ibu tiri kanak-kanak malang tersebut. Menurut ibu tirinya, kanak-kanak itu dirasuk oleh makhluk halus yang jahat.

 Setiap kali dia memberikan makan kepada kanak-kanak itu, makhluk halus yang berada di dalam badan kanak-kanak itu yang akan memakan makanan yang diberikan kepadanya.

 Oleh itu dia dikurung dengan tujuan untuk mengawal kanak-kanak itu daripada gangguan makhluk halus.

DI BAWAH PENJAGAAN PIHAK HOSPITAL SEBERANG JAYA


Kanak-kanak perempuan tersebut kini di bawah jagaan pihak Hospital Seberang Jaya. Akibat dibiarkan kelaparan untuk beberapa hari, kanak-kanak itu mengalami masalah untuk makan makanan dalam bentuk pepejal. Buat masa sekarang, dia diberikan makanan yang lembut. Menurut doktor yang bertugas, kanak-kanak itu sedang dalam proses penyembuhan pada kadar yang perlahan dan dia masih dalam keadaan terkejut.

BAPA DITAHAN POLIS DAN IBU TIRI DI SOAL SIASAT


Akhbar melaporkan pihak polis telah menahan bapa kanak-kanak tersebut dan sedang menjalan soal siasat terhadap ibu tirinya. Menurut OCPD Timbalan Pesuruhjaya Abdul Rahman Ibrahim, kes masih dalam siasatan dan pihak polis akan mendapatkan kenyataan daripada pihak-pihak lain termasuk jiran-jiran mangsa. Kanak-kanak itu akan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan untuk tindakan lanjut selepas dia dibenarkan keluar dari hospital nanti.

KES PENDERAAN KANAK-KANAK MESTI DIBERI PERHATIAN SERIUS


Anak-anak adalah rezeki dan anugerah dari Allah. Mereka adalah amanah yang dipertanggungjawab ke atas ibu bapa. Secara peribadi, saya tertanya-tanya apakah sebenarnya yang ada dalam kepala ibu bapa yang sanggup melakukan kekejaman sedemikian ke atas kanak-kanak yang baru hendak mengenal dunia.

Kes penderaan kanak-kanak seperti mesti diberi perhatian yang serius oleh semua pihak. Seperti mana dalam kes di atas, tindakan guru kanak-kanak itu yang segera membuat laporan polis selepas timbul kecurigaan telah menyelamatkan nyawa kanak-kanak perempuan tersebut.

Jiran-jiran di sesebuah kediaman mesti ambil tahu keadaan antara satu sama lain demi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku. Jika ada sesuatu yang mencurigakan yang melibatkan kepentingan dan/atau kebajikan kanak-kanak, tindakan segera mesti dilakukan dengan membuat laporan polis.

Semoga kejadian yang dilaporkan ini menjadi pengajaran dan pedoman kepada kita semua rakyat Malaysia khususnya dan penduduk dunia amnya. 

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.