Header Ads

Hikmah 'V' Di Pipi Qu Puteh

loading...

Sejak dua menjak ini, selalu je kita dengar tagline ‘Qu Puteh, Barulah Puteh’. 



Tak kira di laman sosial atau di kedai kopi, semua orang sibuk nau bercakap tentang Qu Puteh.
Tapi, pernah tak korang fikir kenapa Qu Puteh ni boleh jadi trending mengalahkan produk-produk lain yang ada dipasaran?

Hitam Putih kehidupan Datuk Seri Vida

Kalau korang nak tahu, pengasas Qu Puteh ni pernah diuji dengan hebat apabila dia kehilangan anak-anak kesayangannya dalam satu kebakaran di rumahnya yang terletak di Ipoh


Hikmat ‘V’ dipipi


Perasan tak setiap kali Datuk Vida muncul di kaca televisyen, pasti dia tak melepaskan peluang untuk meletakkan tanda ‘V’ dipipi.
Haaa, kami yakin korang pun mesti terikut sama kan?

Tagline yang catchy


Sejak Datuk Vida menaja program #GegarVaganza lagi Qu Puteh dah berjaya menarik perhatian kami apabila mendengar Nabil dan Jihan melaungkan tagline ‘Qu Puteh Barulah Puteh’.
Kelakar, tapi catchy. Sebab tu ramai yang ingat tagline keramat ni!

Taja program menarik di televisyen


Sejak dua menjak ni, bukan je iklan Qu Puteh kerap didengari, malah, Datuk Vida turut menaja program besar seperti Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29).
Kau gila bila dah taja anugerah besar-besar tak trending? Sepuluh kali kejap dia masuk TV tunjuk trademark ‘V’ dia tau!

Pandai tonjol diri


Nak jadi terkenal senang je. Kenalah pandai tonjolkan diri dari orang lain. Kalau korang perasan, Datuk Vida ni sangat cool dari segi pemakaiannya.
Tak pernah tak ada blink-blink. Pengantin pun boleh menangis tengok baju Datuk Vida yang cantik ni!

Menyampah? It’s Okay


Well, korang nak kutuk ke apa ke korang buatlah. Rasanya Datuk Vida tak kisah kot. Iyalah, menyampah pun dikira publisiti juga. Tak gitu?

Menjadikan rakyat Malaysia lebih kreatif


Satu lagi punca kenapa produk Qu Puteh ni famous adalah kerana kreativiti rakyat Malaysia yang super hebat.
Tak percaya? Lihat saja lambakan troll yang dibuat khas untuk produk ini. Tak tahu nak gelak ke nak menangis. Haha.
Kesimpulannya, tak kiralah Qu Puteh atau Datuk Vida sekali pun, yang menjadikan ia trending di laman-laman soaial adalah korang sendiri.

 Hmm, ini fakta ke auta?



-sumber

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.