Header Ads

Dipenjara 7 Hari, Bekas Isteri Jimmy Shanley Dedahkan Sesuatu Yang Mengejutkan

loading...

Semalam, isteri pengacara radio terkenal Jimmy Shanley telah dikenakan hukuman penjara 7 hari kerana melanggar perintah mahkamah berhubung hak lawatan dan bermalam anaknya.



Menerusi sebuah blog hiburan terkenal telah berkongsi luahan dan pendedahan mengejutkan dari bekas isteri Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila Eliani atau Suhaila.

Persengketaan antara Jimmu Shanley Norjahan Saleh, 33, dengan bekas isterinya Nursuhaila Eliani, 29 telah berlangsung bertahun lamanya. Pelbagai kenyataan telah dikeluarkan kedua belah pihak mengenai perkahwinan mereka yang berakhir dengan perceraian

Bagaimanapun, semalam, Suhaila telah dihukum penjara tujuh hari oleh Mahkamah Syariah Shah Alam selepas didapati sengaja ingkar perintah mahkamah berhubung hak lawatan dan bermalam anaknya.

Suhaila dikatakan gagal menyerahkan anak mereka, Zahrah Rania, 5, kepada Jimmy pada tiga tarikh
iaitu 16-18 April, 23-25 April dan 30 April-2 Mei 2013.


Suhaila memberitahu Sinar Harian bahawa dia akur dengan keputusan mahkamah walaupun terkejut pada awalnya.




"Saya akan lakukan apa saja demi Zahrah Rania.

Saya tak rasa hubungan kami boleh baik kerana dia sendiri tak pernah ambil tahu hal anak.

Menurut Suhaila juga, Jimmy tidak ambil tahu mengenai belanja dan keperluan anak."

Jimmy tidak pernah memberi duit untuk membeli susu, lampin pakai buang dan keperluan anak.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu dengan jaminan ibunya, Datin Muniroh Kassim.

Biasanya yang menjadi mangsa persengketaan pasangan yang bercerai ialah anak mereka. Diharap kedua belah pihak boleh bertolak ansur dan mencari jalan penyelesaian untuk berdamai, sekurang-kurangnya untuk Zahrah Rania yang masih kecil itu.

Untuk makluman anda, Suhaila hadir ke mahkamah ketika hukuman dibuat tetapi Jimmy tidak hadir, khabarnya untuk menjalani latihan pengacaraan sebuah rancangan televisyen.


Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.