Header Ads

Bunga Dan Tahi Versi Sharnaaz Dan Shila Amzah

loading...

Kita Baling Bunga, Dia Baling Tahi - Komen Sharnaaz Tentang Shila Amzah

Di program Melodi, Sharnaaz Ahmad ada ditemubual tentang satu tweet yang ditulisnya kepada Shila Amzah.



Sharnaaz hanya memberi ucapan tahniah kepada Shila Amzah namun dikatakan Shila Amzah memberi reaksi yang agak mengejutkan.

Dari temubual tersebut, Shila dikatakan membuat komen balas dengan memuatnaik satu video dengan menukar lirik Masih Aku Cinta kepada Tidak Aku Cinta

Ini komen Sharnaaz kepada Melodi:

“Kita baling bunga pada dia, dia baling taik pada kita. Nak buat apa, kan? Itu cara dia. Saya tak nak tengok kawan-kawan saya jatuh. Shila sudah berada pada satu tahap yang sangat-sangat tinggi. Saya dan keluarga saya semua sokong dia,”

Bagi Sharnaaz dia hanya memuatnaik tweet itu sebagai tanda sokongan dan sebagai kawan dan tidak ada niat lain. Sharnaaz juga akui memadam tweet tersebut setelah menerima panggilan dari pengurusnya keran arisau tanggapan orang ramai dengan tweet itu.



1 ulasan:

  1. apasal ko nak bagi bunga ko main baling2...haha... bagi la elok2...:)

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.