Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

Bendera Israel Jadi Alas Kaki Di Kedah

Imej
Terbaik !!!... Bendera Israel dijadikan alas kaki di Terminal Bas Ekspres Sungai Petani.. Sememang bendera Israel hanya layak dijadikan bahan untuk di pijak2 sahaja.

manakala ini lagi hebat
sila lihat video ini


Kenduri kahwin di sidam, kedah... bendera israel disediakan khas untuk dipijak tetamu yang hadir sebagai tanda sokongan terhadap palestin

GAMBAR 'JENAZAH DILILIT ULAR' MILIK ASTRO OASIS

Imej
Kecoh satu Malaya apabila gambar jenazah dililit seekor ular terbesar di alam maya. Bukan setakat gambar tersebar, malah timbul pula pelbagai cerita karut mengenai gambar tersebut hingga menimbulkan kebimbangan dikalangan masyarakat.

Semalam, stesen televisyen saluran Astro Oasis akhirnya mengesahkan beberapa gambar jenazah dililit seekor ular yang tersebar itu merupakan salah satu babak dalam drama bersiri Tanah Kubur berjudul 'Kutuk Azan'.




"Ya, itu merupakan salah satu babak dalam drama Tanah Kubur bagi episod Kutuk Azan, saya juga tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar di internet kerana drama itu belum lagi ditayangkan.

"Penggambaran dilakukan kira-kira tiga minggu lepas di Sungai Ijok, Selangor dan diarahkan oleh Rashid Sibir. Saya juga sudah minta pengesahan tentang gambar itu daripada pihak produksi," ujar Namanzee Harris pengurus saluran Astro Oasis.

Dakwa Namanzee lagi, gambar tersebut diambil oleh salah seorang krew produksi untuk simpanan pihak As…

Bulan Puasa Aniaya Anak Yatim...Bagusnya Perangai

Imej
Johor Bahru: “Sejak dapat tahu dan sepanjang perjalanan, mereka sangat gembira dan beriya-iya mahu berbuka puasa dan tinggal di hotel. Apabila tiba di sini dan berasakan diperdaya, ada antara mereka menangis kerana kecewa.

“Saya tidak tahu apa salah anak yatim dan anak dari keluarga kurang berkemampuan hingga ada pihak tertentu sanggup menganiaya mereka Ramadan ini,” kata Amirah Ariffin, 47, semalam.

Amirah antara lapan pengiring peserta rombongan yang menempuhi perjalanan sejauh 354 kilometer bagi menyertai majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa di Hotel Berjaya Waterfront di Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut di sini, kelmarin.

Menurutnya, 75 peserta rombongan berusia lima hingga 18 tahun terdiri daripada anak yatim dan anak keluarga kurang berkemampuan dari Kampung Batu 11, Jalan Pahang Lama, Gombak di Selangor.




EGAWAI Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru Manayi Ibrahim menemui peserta rombongan di Hotel Berjaya Waterfront.


Katanya, rombongan diaturkan pengurusan Surau …

Tweet Romantik Khairy Jamaluddin Bersama Ratu Selfie Beredar Di Internet

Imej
Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin semenangnya seorang pemimpin yang romantik dan sporting. Beliau tidak mudah melatah dan meradang jika ada peminat yang cuba bergurau senda.


                                        KJ bersama isternya

Buktinya, Khairy Jamaluddin atau lebih popular dengan panggilan KJ telah memuatnaik satu tweet berbentuk soalan kepada para pengikutnya mengenai lokasi di mana Sukan Komanwel tahun 2010 diadakan.


Tweet tersebut kemudian mendapat pelbagai respon dari orang ramai di laman sosial namun jawapan Syasya Mahmud antara paling mencuri tumpuan.

Ye la...KJ pun ensem orangnya...


Gambar Ratu Selfie Syasya Mahmud Yang tidak Pernah Anda Nampak:





Apalah Sangat Dosa Kucing Ini....

Imej
Apalah Dosa Kucing Ini Sehingga Dibaling Dari Tingkat 7

Kucing ini diberi nama Arial telah dibaling daripada tahap 7 Menurut saksi Arial mengambil masa yang lama untuk sembuh. Ia tidak boleh makan dan minum dan darahnya masih mengalir dari rahangnya yang retak teruk. Sangat kasihan nasib kucing ini. Apalah dosanya sehingga diperlaku sebegitu rupa.



Ia diberi makan dan minum melalu tiub sahaja. Untuk makluman anda, kejadian ini berlaku di Singapura. Namun demikian ia telah menimbulkan kemarahan semua pecinta haiwan ini. Ikuti cerita ini:






Wartawan Al Jazeera terkejut melihat serangan Israel ke atas Gaza hingga tidak dapat membuat liputan kejadian

Imej
Wael Al-Dahdouh yang terkejut dengan keadaan Gaza (Foto: Huffington Post) GAZA - Seorang wartawan Al Jazeera yang menyaksikan secara langsung serangan udara Israel di Gaza terguncang mentalnya. Dia bahkan tidak dapat membuat liputan, ketika sedang ber siaran langsung.

Wael Al-Dahdouh selama ini dikenal sebagai wartawan Al Jazeera yang kerap mendapatkan penghargaan. Dirinya terpaksa menghindar dari kamera ketika melaporkan serangan udara Israel di wilayah Shijaiyah.

Seperti dilansir Huffington Post, Selasa (22/7/2014), serangan pada Ahad 20 Julai 2014 tersebut dikhabarkan menyebabkan jumlah korban maut di Gaza bertambah hingga 87 jiwa, dalam satu hari.


Apa yang dialami oleh Al-Dahdouh sepertinya menunjukkan tingkat kehancuran yang luar biasa dialami oleh warga Gaza. Serangan berdarah tersebut sepertinya tidak pernah berakhir.

Sosok Al-Dahdouh sendiri dikenal sebagai wartawan tangguh yang biasa meliput di wilayah konflik. Tetapi menurutnya, serangan kali ini merupakan serangan paling…

Iklan raya Adik Tak Makan Saman Curi Perhatian

Imej
Gelagat 'Adik' yang comel dan tidak makan saman, walaupun dimarah berkali-kali oleh ayahnya dalam iklan TM, mencuit hati penonton.

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Sudah menjadi tradisi sebelum menyambut ketibaan 1 Syawal, pasti iklan raya dahulu yang dinanti-nantikan.

Membawa pelbagai mesej kepada masyarakat, filem pendek yang dibawa khas oleh syarikat korporat, biasanya memberi kenangan dan memori berbeza kepada penonton.

Sama ada bertemakan cerita sedih atau riang-ria menyambut Hari Raya, itu semua hanya cerita yang penting mood raya itu sampai kepada penonton.

Seperti kebiasaannya, seminggu menjelang hari lebaran, stesen televisyen sudah mula menyiarkan iklan raya berbentuk filem pendek.



Bagi mereka yang tinggal di luar negara, pasti YouTube menjadi sasaran untuk mengetahui iklan raya apakah yang disiarkan untuk lebaran tahun ini.

Sudah pasti syarikat-syarikat gergasi berlumba-lumba memastikan iklan raya mereka menjadi bualan dan mendapat ‘share’ terbanyak.

Berikut adalah iklan-iklan raya…

Pemain Bola Sepak Piala Dunia Ini Juga Enggan Pulang ke Ukraine

Imej
Kiev: Presiden Shakhtar Donetsk, Rinat Akhmetov yakin penyerang Brazil, Fred dan lima rakan sepasukan yang enggan pulang ke kelab Ukraine itu selepas tragedi membabitkan pesawat MH17 akan kembali juga dalam sedikit masa lagi.

“Memang benar, enam pemain ini tidak kembali ke Ukraine dari Perancis. Tapi saya yakin semua pemain ini akan kembali ke kelab ini sedikit masa lagi.


“Mereka semua tertakluk kepada kontrak dan jika tetap enggan untuk kembali, mereka akan menerima hukuman penalti seperti yang ditetapkan dalam kontrak berkenaan,” kata Akhmetov.

Jaminan keselamatan

Selain Fred, lima pemain terbabit ialah Alex Teixeira, Douglas Costa, Dentinho, Ismaily dan pemain dari Argentina, Facundo Ferreyra.


Erra & Awie DiJalanraya...Romantik Kerrr??

Imej
"Baling belakang - semalam... sessi photoshoot.. buat tatapan raya pertama.. dengan siapa.. hmmm.. cer teka.." Itulah bunyi kapsyen yang ditulis oleh Erra Fazira bagi menggambarkan sekeping gambar romantiknya bersama Awie di jalan raya.

Memang amat mengujakan para peminat apabila melihat dua selebriti paling sensasi di industri tempatan ini kembali disatukan dalam sesi photoshoot semalam.

Gambar tersebut dimuatnaik Erra di laman Instagram peribadinya untuk tatapan peminat. Pasti ramai sudah lama merindui gandingan mereka berdua suatu ketika dulu.





Ramai yang kata romantik.....romantik ke??..ntah..tak nampak pulak saya kat mana romantiknya...pada saya biasa-biasa je..


Kamera Telefon Rakam Orang Awam Gaza Di Tembak Dan Dibunuh

Imej
Sebuah video menunjukkan seorang lelaki Palestin di tembak berulang kali dan dibunuh oleh penembak tepat (sniper) semasa beliau sedang mencari ahli keluarganya di Shujaiyeh.

Seorang lelaki yang berbaju hijau dan berseluar hitam dilaporkan ditembak oleh “sniper” ketika cuba menyeberang di lorong antara dua bangunan. Beliau juga ditembak dua kali lagi ketika terlantar atas tanah.


Serangan itu berlaku ketika sukarelawan dan krew penyelamat dalam usaha mencari mayat selepas 14 hari operasi serangan. Organisasi aktivis ‘International Solidarity Movement’ yang merakam dan memuat naik video itu ke internet, menerangkan kejadian tersebut dalam satu kenyataan:

The Israeli military just shot a Gazan man trying to reach his family, during an announced ceasefire. He was with a group of municipality workers and international human rights defenders who were attempting to retrieve injured people in the Shujaiya neighborhood…. They shot him, and then continued to fire as he was on the ground. We had…

Bodoh Atau Cerdikkah,Alat elektronik berukuran 20 cm dijumpai dalam kaki seorang remaja berumur 15 tahun.

Imej
Alat elektronik berukuran 20 cm dijumpai dalam kaki seorang remaja berumur 15 tahun.


Ternyata bukan hanya dlm filem saja yahudi buat cerita tapi dlm peperangan mereka ujudkn benda ni....yahudi pencipta kerosakan dimuka bumi...

kesian....   mesti budak tu menderita sakit mase hayat nya


Mereka Kongsi Memori Semasa Bertugas Bersama Kru MH17

Imej
Pramugari MAS Hazie Harun yang berkongsi gambar sahabatnya anak kapal MH17 yang terkorban di Ukraine.Sedih kehilangan rakan sekerja di syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) dalam tragedi nahas udara MH17 dikongsi seorang pramugari Hazie Harun dalam laman sosialnya, hari ini.

Hazie dalam laman Facebooknya menceritakan pengalamannya bekerja dengan sebahagian daripada 15 anak kapal MH17 yang maut dalam kejadian pesawat terhempas itu iaitu Azrina Yakob, Shamfazlin Sham Mohd Ariffin, Chong Yee Peng dan Ghafar Abu Bakar.

Dalam status laman Facebooknya Hazie berkata dua tragedi membabitkan MAS berlaku iaitu MH17 dan MH370 memberi kesan kepadanya secara peribadi.


"Bangun dengan perasaan amat kosong sekali. Hati saya amat kecewa apabila mendengar perkhabaran kehilangan MH370.

"Namun tragedi MH17 membuat hati saya hancur berkecai, ia memberi kesan besar kepada saya secara peribadi," katanya dipetik dalam akaun Facebook Hazie Harun.

Dalam akaum Facebook itu, Hazie …

LAPAR & MISKIN DICELAH KOTARAYA

Imej
BAYANGKAN bangun dari tidur setiap pagi dengan merasa badan dan tulang lenguh dan sakit kerana telah bermalam sekali lagi di kaki lima atau di bangku yang sejuk di pinggir padang awam atau di tepi jalan.

Selepas itu terus merasa lapar dan mula mencari tempat yang boleh mensaji sarapan percuma.

Begitulah sebahagian rutin harian bagi ratusan - mungkin ribuan – rakyat Malaysia yang berhadapan dengan keadaan ketidaktentuan tempat tidur dan makanan sepanjang hari dalam hidup mereka.

Merekalah yang disebut sebagai golongan gelandangan.

Ke mana mereka harus pergi? Mereka boleh merayau-rayau di lorong mencari sisa-sisa makanan; mereka boleh seluk kocek atau ragut duit orang lain, kemudian dibelasah dan dicampakkan ke dalam jel.

Adakah itu yang kita mahu?

Sementara itu, terdapat juga kanak-kanak gelandangan yang mengikut ibu-bapa mereka berkeliaran di merata-rata tempat, termasuk di ceruk-ceruk gelap, tanpa menghirau soal persekolahan dan masa depan mereka.

Mengambil kawasan Chow Kit di Kuala…

"Mana Atok?"

Imej
Raphael Ariano, 3, setia menunggu kepulangan datuknya yang masih hilang dengan pesawat MAS MH370 sejak 8 Mac lalu.

"Where is my grandpa, nanny?" Itulah persoalan yang diajukan cucu Patrick Francis Gomez setiap kali terkenang ketiadaan datuknya.

Ia adalah persoalan yang tidak mampu dijawab neneknya.

Patrick merupakan penyelia pesawat MH370 yang hilang lebih 100 hari sejak 8 Mac lalu. Cucu tunggal lelakinya, Raphael Ariano, berusia tiga tahun sejak kebelakangan ini sering bertanyakan mengenai datuknya.


Isteri kepada Patrick, Jacquita Gonzales hampir buntu kerana masih tidak mampu memberikan sebarang jawapan kepada cucunya. Hampir di suatu ketika katanya, akibat terlalu rindu Raphael akan mengambil telefon pintarnya dan terus mendail nombor Patrick.

"I want my grandpa, jika dia ada dia boleh temankan saya," itulah ayat yang sering diulangi Raphael kepada keluarganya.




Gambar barang peninggalan MH17, lokasi amat mengerikan

Imej
Beberapa wartawan menyifatkan keadaan di lokasi nahas membabitkan pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh puak pemisah pro-Rusia di sempadan Ukraine-Rusia pada Khamis terlalu mengerikan.

"Ini merupakan satu bencana yang nyata. Mustahil untuk difahami," tulis Noah Sneider, seorang wartawan bebas yang berada di lokasi nahas dalam Twitternya.
Menerusi Twitternya @NoahSneider, beliau menyifatkan suasana awal pagi di lokasi nahas amat menyayat hati dengan banyak mayat bergelimpangan dan serpihan pesawat yang berkecai. Malah, penduduk setempat menyifatkan insiden itu sebagai amat menakutkan kerana 'segalanya berkecai di udara'.


















Mayat tercampak di Ladang Bunga Matahari

Mereka pada mulanya menjangkakan kawasan penempatan mereka dibom.

"Saya tidak pernah melihat insiden seperti ini," kata seorang pemberontak di wilayah itu kepada Noah.

"Anda boleh lihat tangan, telinga dan tulang berselerakan di kawasan nahas," tulisnya.

Perlukah Kita Berkawan Lagi?

Imej
70an , kawan-kawan sepermainan adalah rakan-rakan sekampong,rakan-rakan mengaji.Maklum masa tu tengah budak-budak...serba serbi indah.

Lagi la kalau musim cuti sekolah.

Main. Main. Main.

Main masak-masak, polis sentri, galah panjang, konda kondi, teng teng, main cikgu-cikgu,main bola selipar, kawin-kawin... dan macam-macam jenis permainan lah yang dimainkan.

Bergaduh, nombor satu. Tengok kawan lain bergaduh pun best jugak.

Apa jadi lepas bergaduh?
Tak kawan lah.
 Lepas tu cari geng yang tak kawan juga dengan 'kawan yang dah jadi tak kawan tu'.
Huurmm...maniskan?

Tapi kalau kat zaman sekrang istilahnya  panggil, Unfriend.

Saya ni baru je tahu, padahal benda yang hendak ditulis ini sudah berrmula sejak 2 tahun lepas di Amerika, bumi kelahiran Facebook. Kebanyakan dari kita kini punya akaun Facebook serta punya beratus kenalan di dalamnya.

Dan menjadi trend di sana sekarang, setiap 17 November, mereka menjalankan misi Unfriend kenalan di Facebook.

Kenapa ya?

Kerana pengasas hari Un…

Tweet wanita Palestin buat Heliza Helmi yang amat mengejutkan

Imej
Seorang warga Palestin yang dikenali sebagai Wardah Syauqah telah menulis satu tweet ringkas yang ditujukan khas kepada pelakon comel Heliza Helmi.

Kandungan tweet wanita terbabit memang amat mengejutkan kerana mempunyai maksud tersirat yang seakan memberi peringatan tentang kepada golongan artis yang bergiat dalam dunia hiburan. Kata Wardah, ujian iman di Malaysia ialah hiburan manakala di Palestin pula ialah perang.


Peringatan ini pastinya satu dorongan hebat bukan sahaja kepada Heliza Helmi tetapi juga kepada mana-mana artis wanita yang sudah berhijrah.




Kanak-kanak Dirantai kakinya pada tiang.selama dua tahun

Imej
Kemarak Pumin (Kemboja): Seorang kanak-kanak yang digunakan sebagai cagaran untuk pinjaman wang dirantai selama lapan jam sehari sejak dua tahun lalu, Polis dan petugas perlindungan kanak-kanak yang menyerbu sebuah pondok di kampung berhampiran bandar Kemarak Pumin menemui kanak-kanak itu duduk dilantai sebuah dewan masyarakat dengan kakinya dirantai pada tiang. Kanak-kanak sebagai cagaran pinjaman yang diberikan kepada seorang penduduk kampung merantai budak itu di tiang selama lapan jam sehari selama dua tahun dalam pendedahan yang menggemparkan masyarakat dunia. KANAK-KANAK itu ditemui dengan kakinya dirantai. Akhbar Phnom Penh Post semalam melaporkan, kanak-kanak itu memberitahu polis dia pernah meminum air kencing sendiri kerana terlalu dahaga. Polis berkata suspek meminjamkan wang kepada ibu kandung mangsa dan mengambil kanak-kanak itu sebagai cagaran.

Dia bagaimanapun mendapati mustahil untuk menjaga kanak-kanak itu pada siang hari kerana terpaksa bekerja.
Suspek memberi alasan man…

Aksi Sikecil Yang Berbudi Bahasa Apabila Diberikan Hadiah Seluar Dalam Lelaki Bersaiz Besar

Imej
Cubaan seorang ibu mengusik anak perempuannya dengan menghadiahkan sepasang seluar dalam lelaki untuk hari jadinya tidak menjadi apabila kanak-kanak itu - yang dididik supaya sentiasa berhemah dan berbudi bahasa - sebaliknya mengucapkan terima kasih dengan penuh keikhlasan.

Dalam video yang dimuat naik ke YouTube, Jessi Eaton dilihat memberi anaknya hadiah yang dibalut cantik namun apabila dibuka sebenarnya sepasang seluar dalam lelaki bersaiz besar.


“Wah! Cantiknya!’ reaksi si cilik itu sambil menyimpan semula kertas bungkusan dengan penuh berhati-hati.

“Apakah itu?” tanya ibunya dengan nada menyakat.


ANAK Jessi menyeluk dalam beg hadiah dan mengeluarkan seluar dalam lelaki bersaiz besar.

“Seluar! Cantiknya... Saya sukakannya! Ini hadiah yang sangat istimewa,” jawab pula anaknya dengan ikhlas dan tidak langsung menunjukkan kekecewaan dengan hadiah diterimanya itu.


Malah, dia terus memakai seluar berkenaan seperti selendang.


                                  ‘SAYA sukakannya!’

Jess…

Fasha Sandha Biadab Di Majlis Kematian?

Imej
Pelakon terkenal, Fasha Sandha yang menziarahi kubur anak kepada Linda Rafar iaitu Rezaimen Keiflin sempat merakamkan gambar bersama rakan artis seperti Emylia Rosnaida dan Emelda Rosmila telah menerima kecaman daripada sebahagian besar peminatnya yang merasakan gambar-gambar sebegini tidak elok dikongsikan buat tatapan umum.




Ini disebabkan tindakan Fasha Sandha seolah-olah tidak sensitif dengan perasaan Linda Rafar dan seluruh ahli keluarga yang baru sahaja kehilangan Rezaimen.



Tapi kalau diikutkan rasa macam x de salah mana pun....tak tahulah pada pangan lainnya..apa2pun masing2 punya pandangan tersendiri

Sumber

Azwan Kena Sound.... Jalankan ibadah umrah banyak kali pun tak guna kalau mulut busuk

Imej
KUALA LUMPUR 5 Julai - Pengacara kontroversi Azwan Ali dinasihatkan supaya tidak lagi membuat kenyataan menghina bangsa Melayu terutamanya melibatkan peniaga-peniaga kecil apatah lagi di bulan Ramadhan.

Ketua Penerangan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (PEKIDA) Shahril Abdul Aziz berkata, kenyataan celupar sedemikian tidak sewajarnya dikeluarkan oleh Azwan.

"Jangan hendak menghina bangsa Melayu. Kalau tak sedap sekalipun janganlah beli. Kalau rasa tawar sekalipun ia akan menjadi nikmat dan itulah kelebihan orang yang berpuasa.


"Jangan ingat dengan glamor, jalankan ibadah umrah banyak kali pun tak guna kalau mulut busuk," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

PEKIDA hari ini tampil membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan mengatakan pertubuhan mereka terlibat dengan kumpulan pengganas dan militan.

Jelasnya, dakwaan yang dis…

Budak sering curi barang di kedai.. Adakah ini TOYOL?

Imej
PETALING JAYA - Tiga kali premis dipecah masuk membuatkan seorang pemilik kedai runcit di Kampung Sungai Kayu Ara memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan penceroboh.

Terlalu Asyik shopping, wanita ini terberanak depan supermarket

Imej
Wanita yang sedang hamil biasanya tidak terlalu suka keluar rumah. Mereka biasanya bimbang dengan usia kehamilan dan boleh melahirkan pada bila-bila saja.

 Namun wanita yang satu ini tetap santai shopping di saat semakin hampir untuk bersalin. Yang membuat heboh, saat sedang shopping, wanita ini mengalami kontraksi dan terpaksa melahirkan di pusat membeli-belah Primark di Birmingham.


Dilapor oleh Dailymail.co.uk, wanita yang tidak disebutkan namanya ini membuat heboh di pusat membeli-belah bandar Birmingham. Saat sedang membeli-belah, wanita yang sedang hamil tua ini mengalami penguncupan dan terpaksa melahirkan di jalan depan kedai Primark. Beberapa pekerja membentangkan kain di sekitar wanita untuk mencegah orang lain melihat proses melahirkan yang sangat mendadak ini.


"Kami fikir ada persembahan di jalan itu," ujar seorang pejalan kaki. "Namun setelah didekati, ternyata ada seorang wanita yang melahirkan. Dia kelihatan sendirian dan tidak ada pegawai perubatan di sa…

Alfatihah...Sharifah Aini Kembali Ke Rahmatullah & Amanat Terakhir Beliau

Imej
Perginya Si Bunga Tanjung

Petaling Jaya: Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara di sini, pada 1.26 pagi ini.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Kak Pah, meninggal dunia selepas enam hari dirawat akibat komplikasi paru-paru kronik atau fibrosis.


"Turut berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhir adalah anak lelakinya Alif Omar serta ibunya Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas selain ditemani beberapa rakan karib," kata rakan baiknya Aishah Ali ketika dihubungi di hospital berkenaan, awal pagi ini.

Sharifah Aini yang dianugerahkan gelaran Biduanita Negara pada 2006 dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953 hasil perkongsian hidup Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor.



Kak Pah dijaga serta dibesarkan oleh neneknya Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir dan datuknya Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry di Majidee, Johor Bahru sejak berusia lapan bulan.


Kak P…

Perhati Anak -abak Anda,Hati-hati Dengan Gunting

Imej
Gunting tertusuk dekat mata


SEORANG ibu menyokong anaknya selepas sebilah gunting tertusuk dekat mata anaknya di sebuah hospital di Hangzhou, China kelmarin.

HANGZHOU - Seorang budak lelaki di China terpaksa dibedah untuk membuang sebilah gunting yang tertusuk dekat salah satu matanya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Insiden itu berlaku di sebuah kilang pakaian di bandar Cixi, dalam wilayah Henan, tengah China sekitar tengah hari kelmarin.



Ketika kejadian, ibunya sedang bekerja di kilang itu apabila mangsa yang berusia tiga tahun dan dikenali sebagai Ozawa datang berlari-lari sambil menangis kerana terdapat gunting tertusuk dekat mata kanannya.

Mangsa kemudian dibawa sebuah hospital awam di Cixi sebelum dihantar ke hospital di Hangzhou untuk menerima rawatan.

Menurut doktor, mangsa akan sembuh tetapi penglihatan mata kanannya dikhuatiri terjejas akibat kemalangan tersebut. - Agensi