Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Abdul Wahab Iyanda.Lahirnya Bersama Al-Quran kecil Dalam Genggaman

Imej
Sekarang isu hudud. Hudud itu adalah hukum yang diturun melalui al Quran. Kita ambil kisah tentang keajaiban Al Quran yang berlaku pada 7 Mei 2012, dimana seorang bayi dilahirkan dengan tangannya menggenggam Al-Quran kecil. 

Keajaiban ini telah menyebabkan ibunya dan abangnya memeluk agama Islam pada tanggal 13 Mei 2012. 

Peristiwa menakjubkan ini telah disaksikan sendiri oleh ulamak terkenal Nigeria Sheikh Abd Rahman Olanrewaju dan beliau sendiri menamakan bayi tersebut dengan nama Abdul Wahab Iyanda.

Ulamak lain yang ikut serta ialah Sheikh Abdulrahman Sulaiman Adangba dan Dr Ramoni Tijani. 

Yang menariknya, bayi ini dilahirkan di sebuah gereja di Mushin, Lagos State, Southwest Nigeria. Semuanya adalah kehendak Allah swt.

Para ulama di sana telah menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran.



 Akan tetapi ia merupakan suatu kehendak Allah SWT yang mana bayi itu dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menakjubkan. 

Sela…

Iklan Jam Tangan Selalu Tunjukkan Waktu 10.10.Tahukah Anda Kenapa?

Imej
Pernah tak korang jalan – jalan di shopping kompleks dan kemudian terpandang iklan jam tangan?

Korang terpegun dengan reka bentuk jam tersebut. Pernah? Perasan tak apabila setiap kali korang memandang iklan jam tangan, jarum jam tersebut sentiasa menunjukkan waktu 10.10?

Mungkin korang tak perasan atau terlepas pandang.

Ini terjadi kepada kami. Semasa kami berjalan – jalan merayau – rayau di satu shopping kompleks, terdapat banyak iklan dan banner jam tangan dan apa yang menjadi persoalan kat kami adalah setiap iklan tersebut jarum jam mesti menunjukkan waktu pukul 10.10?

>
Adakah ini satu kebetulan atau ada mesej tersirat disebalik waktu itu. Keinginan kami untuk tahu membuak – buak. Jadi kami berusaha untuk mencari alasan kenapa iklan jam tangan selalu menunjukkan pukul 10.10.

Hasil yang kami dapat mengenai kenapa hal ini terjadi ialah:

1. Pertama sekali jika difikir secara logic kebiasaannya semua jam mempunyai logo atau jenama berada di atas atau di bawah posisi 12 atau 6, ja…

Anwar Menyampah Selfie Najib

Imej
Anwar Ibrahim pada ceramah Reformasi 2.0 di Pandan Indah, malam semalam memperli cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melayan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama yang melawat Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, layanan yang diberikan itu "mengarut" dan beliau turut "menyampah" dengan 'selfie' Najib itu .

Saksikan video di bawah:


Anjing Ditanam hidup-hidup dalam lubang kubur kerana dianggap haiwan perosak

Imej
Kezaliman apakah ini?

Kebajikan haiwan di China mendakwa telah menemui berpuluh-puluh anjing liar termasuk beberapa anak anjing ditanam hidup-hidup dalam kubur besar-besaran di China.

Sekitar 100 haiwan dilemparkan ke dalam parit sedalam 20 kaki yang digali menggunakan jentera berat, menunjukkan bagaimana pegawai-pegawai kerajaan mungkin terlibat di sebalik pembunuhan tersebut menurut kata  aktivis.

Horrific: Charity workers attempt to dig down into the newly filled-in pit where around 100 stray dogs were seen a day earlier. A handful of dogs were rescued after whimpering was heard coming from under the ground

Perkara menakutkan ini terbongkar selepas seorang wanita mencari anjing peliharaan beliau berhampiran tempat pembuangan sampah di Alxa Liga, berhampiran sempadan China dengan Mongolia, di mana anjing dianggap sebagai haiwan perosak.

I K L A N :: I K L A N

Manakala pengguna internet Cina menyatakan kemarahan selepas gambar-gambar anjing-anjing sebelum dikebumikan tersebar dilaman-…

Cara Paling Mudah Melepasi Kotak “LIKE Paksa” Yang Teruk Di Website

Imej
Pernahkah anda melawati sesuatu halaman web untuk membaca berita atau artikel yang “cam best” tetapi, tiba-tiba, halaman web tersebut menjadi gelap dan memaksa anda klik berbelas-belas butang like sebelum anda boleh membaca kandungannya.
Amat mengecewakan bukan? Arrgghh....memang tension...
Disini,  akan tunjukkan sedikit “hacks” bagaimana anda boleh melepasi kotak “like paksa” tersebut dengan hanya beberapa klik.
Syaratnya, anda perlu menggunakan browser “chrome” untuk melakukan trick ini.
Ini contoh website yang mengelapkan paparan kandungannya dan memaksa pelawat klik “Like” pada butang facebook.

Apa yang boleh anda lakukan apabila menemui website seperti ini.. ialah.
Langkah 1 :  Klik kanan pada warna hitam tersebut dan pilih “Inspect element”.
Kemudian, satu tetingkap yang penuh dengan code html akan dipaparkan dibahagian bawah browser anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah..
Langkah 2 : Untick kotak “background color”.
Warna background hitam akan hilang dan anda akan mula nampak kandunga…

Najib Sepatutnya Kurangkan Selfie

Imej
Ada dua kejadian malang sedang menimpa dunia ketika ini. Satu mengenai kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia membawa 239 penumpang yang masih misteri sehingga kini sejak 8 Mac lalu, manakala yang kedua ialah tragedi feri karam di Korea Selatan pada 16 April lalu yang dipercayai mengorbankan hampir 300 nyawa. Dalam kejadian feri karam itu, sehingga ini seramai 180 orang disahkan meninggal dunia dan hanya selepas 11 hari daripada kejadian itu, Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-won mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan bagi memikul tanggungjawab atas kritikan terhadap kerajaan mengenai tragedi itu. Perkara terbaik untuk saya lakukan ialah memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan, katanya tanpa ragu-ragu. Tetapi dalam kes kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki minggu keenam sehingga ini, di sebalik pelbagai kritikan daripada dalam dan luar negara terhadap cara kerajaan menguruskan tragedi itu, langsung tidak ada pemimpin negara yang sedia memikul tanggungjawab …

Kemain Lagi Bila Najib Dan Obama Brselfie

Imej
Sekali sekala takpe juga. Aku rasa di zaman media sosial bermaharajalela neh tiada sesiapa pun yang tak pernah selfie. Mungkin semua ataupun hampir semua orang pernah tetapi tidak la sampai asyik2 selfie aje memanjang. Yang tu memang kategori kemaruk berselfie la jawabnya.
Selfie Dikait Dengan Penyakit Mental - Kata Saintis
Ada dua punca utama yang menyebabkan orang kerap berselfie ikut kajian.

1. Lack of confidence.

Dia rasa hanya dengan selfie dia boleh dapat puji pujian atas wajah dia. Baik lelaki atau perempuan.

2. Attention seeker / desperately looking for compliment.

Dia cantik dan hensem. Tetapi mencari perhatian dan populariti (like, komen) sebab kekurangan kasih sayang.

Kebiasaan orang yang normal akan selfie pada kadar biasa2 je. Dan selfie dorang pula tidak keterlaluan. Apa pun sebelum seseorang tu jadi ketagih selfie dia akan melalui satu proses yang disebut selfie sesaja.

Baru2 neh rakyat Malaysia memerhatikan perangai Najib Razak sangat suka kepada selfie. Aku rasa biarlah. Buka…

Lisa Surihani Berlidah Pelat

Imej
Tuah lidah pelat
Umum mengetahui, Lisa amat terkenal dengan pelatnya yang sukar menyebut huruf ‘R’, akan tetapi dia tetap menjadi pilihan beberapa pihak produksi untuk menjadi hos bagi program terbitan mereka.
Tatkala dipilih sebagai hos program HBO Sentral dengan konsep interaktif dan informatif, Lisa berkata, dia tidak mengalami sebarang masalah ketika rakaman program tersebut dijalankan.
Menceritakan kepelatan yang dialaminya, bagi Lisa ia bukanlah satu masalah memandangkan kekurangan yang dimilikinya itu tidak mendatangkan sebarang kesan negatif terhadap rancangan yang dihoskan.
“Segala maklumat yang perlu disampaikan kepada penonton masih boleh dilontarkan secara jelas, tidak timbul sebarang kekeliruan fakta atau sebagainya.
“Walaupun lidah saya sukar untuk menyebut huruf ‘R’, tetapi sekalipun saya tidak menganggapnya sebagai kekangan untuk meneruskan karier seni sama ada sebagai hos mahupun pelakon yang banyak berdialog," katanya.
Ditanya adakah pelat itu satu keistimewaan…

"Insyaallah"....Perkataan Yang Sering Disebut Obama

Imej
KUALA LUMPUR - Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad merayu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama supaya menghentikan penindasan terhadap masyarakat Islam di seluruh dunia.
Beliau mengambil peluang untuk menyuarakan hasratnya kepada Obama semasa mengiringi Presiden Amerika Syarikat itu dalam lawatan ke Masjid Negara dan Makam Pahlawan di Jalan Perdana di sini pagi ini.

Obama dalam jawapannya kepada permintaan itu berkata "doakan saya," kata Ismail kepada pemberita selepas lawatan Obama ke kedua-dua monumen terkenal itu di sini.

Beliau berkata, Obama juga berkata bahawa setiap hari apabila bangun dari tidur, beliau sentiasa berusaha untuk menghentikan penindasan dan konflik membabitkan masyarakat.

Ismail, 70, juga melahirkan keterujaannya tentang pertemuan bersejarah dengan Obama, iaitu yang kedua bagi beliau dengan seorang presiden Amerika Syarikat yang memegang tampuk kuasa.

Pertemuan pertama ialah dengan Presiden Lyndon B.Johnson pada 1966, kira-kira 48 tahun…

Psstt..Obama Makan Sambal Belacan Laa..Bukannya Budu

Imej
Sambal belacan antara menu tengah hari Obama


SHAH ALAM - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama khabarnya menikmati hidangan Melayu istimewa hari ini.  

Antaranya ialah nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan.

Menu istimewa tersebut ‘didedahkan’ oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut serta menikmati hidangan tersebut bersama Obama.

“Makan tengah hari bersama Presiden Obama, beliau makan nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan,” tulis Hishammuddin di laman sosial Facebook miliknya.

Obama tiba di Malaysia semalam dalam rangka lawatan selama tiga hari ke Malaysia.

Pesawat Air Force One yang membawa Obama mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada kira-kira 4.50 petang semalam, selepas enam jam penerbangan dari Korea Selatan, disifatkan beliau sebagai lawatan bersejarah ke Malaysia.

Lawatan tiga hari ke negara Asia Tenggara ini yang mempunyai kira-kira 30 juta penduduk adalah sebahagian daripada lawata…

Ooiii...Obama Makan Budu ooiiiii......

Imej
5 Reaksi Obama Makan Budu


Dalam menanti kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama membuat lawatan pertama ke Malaysia selama tiga hari ini, kita tanyakan kepada para pembaca, apa yang anda ingin melihat Presiden Obama mencuba semasa berada di Kuala Lumpur. 
Semestinya bukan perkara yang boleh didapati di negara Asia lain dan menariknya jawapan yang diberikan adalah ramai ingin melihat Presiden Obama makan budu!
Mereka yang berasal dari negeri Kelantan mesti bangga dengan hasil survey ini.
Kami tidak pasti seandainya makan malam yang bakal dihadiri Obama malam ini akan menghidangkan budu (yalah, takut sakit perut pula warga Amerika Syarikat), tetapi kita fikirkan sendiri bagaimana rupanya reaksi yang pasti diberikan Presiden Obama jika dihidangkan budu.
"I love Malaysian food. Of course I'll try!"


Andaikan Presiden Obama ditanyakan dahulu samada beliau sanggup mencuba budu. Untuk menjaga hati tuan rumah, Obama pasti akan setuju.
"It smells weird"


Mula-mul…

Margot Woelk,Tukang Rasa Makanan Hiler..Diperkosa 14 Hari Tanpa Henti

Imej
Beberapa bulan setelah ulang tahun nya yang ke-95, wanita yang juga merupakan seorang janda tanpa anak ini menceritakan kisah sedihnya itu pada seorang wartawan tempatan di Berlin. 
Rasanya tak mungkin kita terbayang sekiranya kita hidup pada zaman Adolf Hitler sedang berkuasa ketika itu. 
Setiap hari dipenuhi dengan ketakutan, terutamanya bagi tukang rasa makanan untuk diktator Jerman ini. Sekiranya makanan yang akan diberikan kepada Hitler mengandungi racun, maka si tukang rasa makanan itu dululah yang akan maut.
Kisah ini dialami sendiri oleh Margot Woelk. Selama lebih dari setengah abad, janda tua ini menyimpan sendiri kasihnya dari pengetahuan dunia luar, bahkan suaminya sendiri tidak tahu akan kisahnya itu. Setelah beberapa bulan selepas ulang tahunnya yang ke-95, dia menceritakan perihal pekerjaannya semasa perang dahulu, yakni sebagai tukang rasa makanan untuk Hitler.
Woelk bekerja untuk Hitler semasa usianya masih dalam lingkungan 20 tahun. Dia bertugas bagi memastikan bahawa s…

Bila Kokpit Pesawat Disangka Tandas

Imej
DENPASAR: Seorang penumpang warga Australia yang mencetuskanamaran rampasan pesawatdalam penerbangan ke Bali telah menafikan beliau dalam keadaan mabuk dan mendakwa beliau tersilap mengetuk pintu kokpit kerana ingatkan ia pintu tandas, polis Indonesia berkata.

Matt Christopher Lockley juga berkata beliau dalam keadaan kemurungan semasa penerbangan Virgin Australia pada Jumaat ke pulau peranginan itu, kerana beliau sedang mencari isterinya dari Indonesia setelah terputus hubungan, kata mereka.

Pasukan keselamatan bergegas ke lapangan terbang di kepulauan Indonesia itu apabila pesawat Boeing 737-800 dari Brisbane mendarat berikutan laporan cubaan rampasan selepas penumpang itu mula mengetuk pintu kokpit.

Lockley, memakai selipar, seluar pendek putih dan T-shirt, diseret turun dari pesawat itu oleh anggota tentera udara bersenjata dan ditangkap oleh pihak polis. Amaran itu turut mendorong penutupan lapangan terbang dan lencongan beberapa penerbangan.

Pegawai Indonesia pada mulanya berkata di…

Masjid Negara dahulu dibina dengan wang judi?

Imej
Masjid Negara yang merupakan mercu Kuala Lumpur sejak 50 tahun lalu mula dibina pada tahun 1963 dan siap dibina pada 1965.

 Ianya dibina di atas tanah seluas 13 ekar yang dahulu menempatkan sebuah gereja iaitu The Venning Road Brethren Gospel Hall.

 Menurut rekod masjid ini yang telah melalui berbagai ubah-suai sejak ia dibina ketika Almarhum YTM Tunku merupakan PM Malaysia kini boleh meneptakan 15,000 orang jemaah. Saya sengaja membangkitkan isu Masjid Negara ini kerana sewaktu kecil-kecil dahulu saya masih ingat mendengar orang-orang tua bercerita bahawa masjid ini dibina oleh kerajaan bersekali dengan duit judi iaitu dari Loteri Kebajikan Masyarakat (yang kini telah tiada).
Lalu sempatlah saya menelaah rekod hansard Dewan Rakyat, dan ditakdirkan hari ini saya sempat membaca laporan dewan itubertarikh 7 Disember 1959 iaitu Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Pertama 1959-64. Menurut laporan pada persidangan berkenaan Kerajaan Persekutuan yang di ketuai Almarhum YTM Tunku Abd Rahma…