Header Ads

Banyak fungsi hebat

loading...
Penguji percaya ramai yang tidak puas mengikuti ulasan berkenaan Samsung Galaxy Note 4 yang ternyata memberi banyak ciri baru hebat kepada si pemakai sehingga reviu IT@Metro sendiri pun tidak cukup ruang untuk memuatkan kesemuanya.


Oleh itu, IT@Metro akan terus mencadangkan pembeli mendapatkan gajet ini yang mempunyai kamera belakang 16MP disertakan penstabil imej optikal untuk mengurang­kan gegaran, sekali gus mengelakkan kabur pada gambar.

Manakala kamera hadapan dilonjakkan ke 3.7MP dengan f1.9 untuk gambar lebih jelas. Penguji tertarik dengan fungsi rakaman panorama yang berupaya merakam foto sehingga 120 darjah lebar.
Paling menarik, anda tidak lagi perlu menekan butang kamera sebaliknya selfie boleh dirakam dengan jari telunjuk menyentuh ruang LED di belakang telefon.

Selain itu, penguji mendapati Samsung yang me­ngekalkan skrin bersaiz 5.7 inci seperti Galaxy Note 3 menggunakan resolusi lebih tinggi iaitu Quad HD 2560 x 1440 piksel dengan paparan Super AMOLED seperti Galaxy Tab S.

Hasilnya paparan pelbagai tetingkap juga diperbaharui dengan fungsi lebih mudah untuk memaparkan lebih daripada satu aplikasi serentak dalam pelbagai saiz tingkap.

Tidak dilupakan, Note 4 disertakan dengan lebih banyak mikrofon untuk mengesan suara dari pelbagai arah di samping pembesar suaranya dipertingkatkan dengan fungsi 'nyah-bising' mengelakkan suara lebih jelas ketika bercakap dan didengari.

Penguji mencuba sendiri dengan 'Voice Recorder' yang berupaya mengesan suara lebih baik kerana pengguna boleh memilih lapan sudut suara untuk merakam lebih ramai orang pada satu masa dan 'Selec­tive Playback' pula boleh memilih beberapa suara untuk dipadamkan.

Ciri lain yang digemari termasuk pengimbas cap jari dan sensor degupan jantung serta ditambah lebih baik berbanding S5 dengan sensor UV yang boleh digunakan ketika di pantai untuk memastikan krim yang sesuai dipakai untuk mengelakkan kulit terbakar.

S-Pen pula terus yang menjadi identiti utama Note 4 yang kini dilengkapkan de­ngan fungsi lebih baik.

Sensor tekanannya yang dinaik taraf untuk menghasilkan lakaran pelbagai saiz mengikut tekanan benar-benar peka.

S-Pen juga dapat bertindak seperti tetikus untuk memilih perkataan de­ngan lebih mudah dan pantas manakala fungsi gunting pada S-Pen untuk 'copy paste' mempunyai fungsi lebih baik dengan pilihan pelbagai untuk menyunting gambar mahupun perkataan.

Sesuai dengan namanya iaitu Note, pengambilan nota mempunyai banyak pilihan dengan lima aplikasi ia­itu Pen Note untuk melakar menggunakan S-Pen, Snap Note untuk merakam foto dan mengesan formula yang terdapat pada gambar, sekali gus terus menghasilkan carta atau graf yang berkaitan dengannya.

Selain itu, S-Note pula menjadi aplikasi utama peng­gunaan S-Pen yang boleh menukar perkataan yang ditulis dengan S-Pen kepada teks dan disimpan. Manakala Text-Note berasaskan penggunaan papan kekunci dan fungsi terakhir nota, Voice Note merakam suara.

Dari segi luarannya, Galaxy Note 4 dilengkapkan dengan penutup belakang boleh tanggal yang menggunakan bahan lembut seakan kulit yang hampir sama seperti Note 3. Bahagian tepi Note 4 dibuat dengan lingkaran besi, tetapi seakan seramik menjadikannya lebih selesa untuk dipegang.

Perlu diingatkan, Galaxy Note 4 bukan peranti kalis air dan debu seperti Galaxy S5. Penguji tidak pasti me­ngapa Samsung tidak menjadikannya kalis air dan debu, tetapi logiknya sudah pasti berkemungkinan untuk memastikan fungsi S-Pen boleh digunakan dengan lebih baik.

INFO
Produk: Samsung Galaxy Note 4
Harga: Bermula RM2,499
Pengeluar: Samsung Electronics
Pertanyaan: Samsung Malaysia Electronics
Laman Web: www.samsung.com/my
Ciri: Telefon pintar dengan S-Pen
Pro: Terlalu banyak ciri
Kontra: Sukar untuk dinyatakan


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/13525#sthash.w7f3tGNY.dpuf

Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.