Header Ads

Peminat Dedah Punca Sebenar Awie Pukul Bini

loading...
Kontroversi penyanyi rock terkenal, Awie memukul isterinya, Rozana Misbun, 36, menggemparkan dunia hiburan tempatan sejak dua minggu lalu.

 Hari ini sahaja beliau telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, Selangor atas pertuduhan itu yang dibacakan oleh Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.

Bagaimanapun, Awie mengaku tidak bersalah di hadapan majistret Ayuni Izzaty Sulaiman dan beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM9,000 dengan dua penjamin. Tarikh sebutan kes pula telah ditetapkan pada 11 Ogos ini.

                       


Sementara itu, seorang pemilik akaun facebook yang dirahsiakan identitinya telah memuatnaik status khabar angin berbentuk pendedahan kepada punca sebenar aktor berusia 46 tahun itu bertindak memukul isterinya.

Apapun, kesahihan kenyataan tersebut tidak dipastikan setakat ini meskipun telah dimuatnaik dalam bentuk komen oleh peminat di page facebook Astro Awani.

                   

Manakala ini pula adalah jawapan balas dari pihak Awie

Di sebalik dakwaan dia telah membelasah isterinya dengan teruk sehingga didakwa di mahkamah, vokalis Wings, Azhar Othman atau Awie, 46, beranggapan bahawa apa yang berlaku semua ini adalah satu hikmah daripada Allah SWT.


"Hikmah kejadian ini sebenarnya hanyalah untuk mereka yang terpilih saja..terpilih olehNYA. Mungkin sudah terlalu banyak orang beranggapan buruk pada saya tetapi mungkin tidak di mataNYA.

"Alhamdulillah, benda ini terjadi pada diri saya dan bukan pada diri keluarga isteri saya. Masyarakat mungkin sudah lali dengan anggapan jahat terhadap diri saya tetapi bukan terhadap keluarga isteri saya.

"Kalau kena kepada keluarga isteri saya, mungkin mereka tidak boleh tahan dan tidak boleh terima keadaan ini. Tetapi, ianya berlaku ke atas diri saya.

"Alhamdulillah...eh boleh saya sebut ke saya sebut Alhamdulillah, nanti ada yang marah? Tuduhan dibuat oleh isteri saya, saya terima tetapi mahkamah yang akan menentukan segalanya.

"Jangan adili manusia selagi tiada kepastian yang nyata dan cerita yang sebenarnya. Insya Allah, kita sama-sama tunggu dan lihat.

"Berjayanya lelaki, pasti ada seorag wanita dibelakangnya. Kalau saya sekarang ini nak dikategorikan apa? Wallahualam....,"katanya


1 ulasan:

  1. pergh.. betul2 tak betul, sampai masa pasti terbongkar juga huhu [-(

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.