Header Ads

Jual Pekan Untuk Selesai Kes Cerai

loading...
                              
GAMBAR yang dirakamkan pada 26 Jun 2014 menunjukkan papan tanda pekan Swett di Dakota Selatan, Amerika Syarikat.

SWETT, Amerika Syarikat - Pekan Swett di Dakota Selatan yang seluas 2.5 hektar kini mahu dijual pada harga AS$399,000 (RM1.27 juta).

Pemilik pekan itu ialah Lance Benson dan isterinya yang dibelinya pada tahun 1998.

Benson kemudian meletakkan pekan itu dalam senarai penyelesaian penceraian dengan isterinya.

Namun, dia kembali memiliki pekan itu pada tahun 2012.

Benson yang terlibat dalam bidang perniagaan untuk para pengembara memberitahu akhbar Rapid City Journal pada minggu lalu, tujuan dia mahu menjual pekan tersebut.



Menurut Benson, tujuan pekan itu dijual adalah kerana dia mahu menumpukan perhatian terhadap perniagaannya.

Dia berkata, pekan tersebut akan terus berada di dalam pemilikannya jika tiada pembelinya yang berminat untuk membeli Swett.

Pekan tersebut mempunyai sebuah rumah tiga bilik, tiga buah rumah treler, sebuah bekas kedai tayar dan sebuah bangunan perniagaan yang menempatkan restoran menjual minuman keras dan makanan.

Seorang ejen hartanah yang menguruskan penjualan pekan itu, Stacie Montgomery berkata, dia menerima panggilan daripada bakal-bakal pembeli berpotensi dari California, Texas, New York dan New Jersey sejak pengumuman tentang pekan tersebut mahu dijual disiarkan di sebuah akhbar tempatan.

"Saya turut menerima satu panggilan dari sebuah syarikat penerbitan Rusia. Syarikat itu mahu menghasilkan sebuah filem," katanya.- Reuters


Tiada ulasan

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.