Header Ads

ASHRAF, DAYANA & WAN SAKINAH TIDUR SEKATIL

loading...
Nampaknya... Ashraf Muslim, Dayana dan Wan Sakinah yang hidup bermadu makin bahagia setelah melalui pelbagai rintangan.

Lebih menarik, Dayana dan madunya kini ‘amat rapat’ dengan kehadiran anak Sakinah yang bernama Sarah.

Mana tak erat, mereka sanggup tidur sekatil untuk menjaga Sarah ketika Ashraf Muslim bekerja di luar. Malah ketika bulan Ramadan, bertambah meriah keluarga ini dengan pelbagai aktiviti keagamaan.

"Walaupun masing-masing tidak tinggal sebumbung, kami sering berhubung dan berkumpul di rumah. Kalau saya datang berehat di rumah Sakinah, hanya saya, Sakinah dan Sarah tidur di bilik dan Ashraf kena tidur di ruang tamu.




"Malah, kami mula keluar membeli-belah bersama sebab kami berkongsi cita rasa hampir sama. Bila kami keluar beli-belah, Ashraf jaga anak di rumah.

"Alhamdulillah selepas pulang dari umrah dan dikurniakan Sarah, doa saya dimakbulkan. Sikit demi sikit Allah tunjukkan jalan bahawa pilihan dilalui ada hikmah sangat besar.



"Ada sebab Allah belum kurniakan anak kepada saya lagi pada masa ini, apatah lagi apabila difikirkan situasi kerja saya yang tidak menentu dan lasak," ujar Dayana.

Sementara kata Ashraf pula, banyak perubahan telah berlaku disebabkan Sarah. Dia sering beritahu isterinya, ini anak mereka bertiga. Meskipun banyak perkara yang mereka dilalui sebelum ini, Allah akhirnya telah tunjukkan hikmahnya.

"Hubungan kedua-dua isteri saya juga semakin erat ibarat kawan baik. Sampaikan saya kadangkala terpaksa menggosok baju sendiri.

                            

"Bila dapat rapatkan mereka, saya lebih mudah mengurus keluarga. Saya juga sering bawa mereka ke majlis ilmu untuk bekalan bersama.

"Orang selalu tanya bagaimana saya bersama isteri? Pertama sekali, solat berjemaah dan berdoa untuk kesejahteraan semua. Saya bagi mereka tahu, dalam doa saya, ia untuk kesejahteraan kita.

"Paling penting ialah saya dan keluarga saya, sebab ini keluarga yang akan saya pimpin sampai akhir hayat. Saya kena buktikan kepada semua pihak yang saya boleh bahagiakan keluarga sendiri," tambahnya.

Ehhhh??...silap tulis tajuk..sepatutnya tajuknya begini..

ISTERI ASHRAF MUSLIM, DAYANA & WAN SAKINAH TIDUR SEKATIL

hehehe.....sorry.....

2 ulasan:

  1. cuak gak tido sekatil huhu.

    pahit akan manis akhirnya - Ukays

    BalasPadam
  2. akak pun mulanya tersilap baca..mmg cuak habis

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.